|
London: Kemarau kemenangan Patrick Vieira sebagai pengurus Crystal Palace berlanjutan kepada tiga perlawanan selepas Eagles tewas 0-1 di Watford pada pusingan kedua Piala Liga awal pagi tadi.
Vieira menggantikan Roy Hodgson pada Julai lalu tetapi bekas bintang Arsenal dan Perancis itu berdepan permulaan mengecewakan bersama kelab selatan London.
Palace tewas 0-3 di Chelsea pada aksi permbukaan Liga Perdana sebelum seri 0-0 dengan pasukan baru Brentford, Sabtu lalu.
Dengan harapan meraih kemenangan sulung dan jaringan pertama, Vieira menurunkan skuad terkuat ke Vicarage Road dalam aksi Piala Liga.
Tetapi kehadiran penyerang Ivory Coast, Wilfried Zaha, Palace sekali lagi tumpul dan jaringan Ashley Fletcher pada minit ke-86 mencetuskan kekalahan kedua Vieira.
Ketika permainan berbaki empat minit, hantaran cantik Cucho Hernandez ditolak masuk Fletcher ke penjuru gawang.
Segalanya tampak tidak mudah buat Vieira yang dipecat kelab Perancis, Nice pada 2020.
Skuad Vieira berkunjung ke pendahulu Liga Perdana, West Ham pada Sabtu ini sebelum menentang Tottenham dan Liverpool untuk dua aksi pertama selepas rehat antarabangsa.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
VIEIRA berdepan permulaan mengecewakan di Palace. |
|
|
|
|
|
|
| |
|