View: 749|Reply: 1
|
Jersi Man United macam warna tempat duduk kereta api
[Copy link]
|
|
London: Manchester United memperkenalkan jersi ikonik sempena 143 tahun penubuhan kelab itu termasuk jersi tempat lawan Class of 92 yang dikeluarkan musim ini.
Bagaimanapun jersi ketiga mereka disamakan dengan warna tempat duduk kereta api Northern Rail.
Jersi terbaru itu berwarna biru hitam serta kuning. Nama penaja utama mereka, TeamViewer dapat dilihat terpampang di dada jersi dengan tulisannya berwarna kuning.
Rekaan jersi itu diperkenalkan dengan meluas menerusi sebuah video menampilkan legenda pengurus kelab itu, Sir Alex Ferguson.
Antara yang terbabit dengan memperkenalkan jersi itu adalah Paul Pogba, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford selain pengurus sekarang, Ole Gunnar Solskjaer.
Peminat Red Devils dan penyokong bola sepak berkongsi pandangan mereka di media sosial mengenai rekaan terbaru jersi itu.
Seorang pengguna Twitter mempersoalkan adakah warna jersi juara 13 kali Liga Perdana itu diinspirasikan daripada warna tempat duduk kereta api Northern Rail.
Seorang pelawak, Bob Mortimer pula mengejek dengan membandingkan jersi itu sama dengan pakaian yang dilihat di sebuah bangunan gudang.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
POGBA menggayakan jersi ketiga Man United yang dikatakan sama dengan warna tempat duduk kereta api. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|