View: 724|Reply: 1
|
Pengurus Burnley bengang dengan Klopp
[Copy link]
|
|
London: Sean Dyche mengkritik pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kerana menamakan barisan pemain Burnley yang beliau rasakan bertindak keterlaluan ketika aksi Liga Perdana, Sabtu lalu.
Klopp menamakan penyerang Burnley, Ashley Barnes dan Chris Wood ketika dia mengkritik pengadil kerana membenarkan pelawat bertindak terlalu agresif ketika Liverpool mencatatkan kemenangan 2-0 di Anfield.
Pengendali dari Jerman itu berkata, dia 'tidak 100 peratus pasti jika kita berada di landasan tepat dengan keputusan seperti ini' selain menegaskan keperluan melindungi pemain.
Bagaimanapun Dyche tidak gembira dengan Klopp kerana memperkatakan pandangannya itu secara umum.
"Saya kecewa apabila dia menyebut nama pemain. Dia tidak sepatutnya melakukan perkara seperti itu," kata Dyche kepada wartawan.
"Kita mempunyai barisan pemain profesional yang bekerja keras setiap hari.
"Implikasi yang mereka terima daripada cabaran yang dilakukan saya rasa adalah salah dan kurang sesuai."
Klopp dan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan rasa kecewa dengan peraturan semasa pengadil.
Mereka berdua mendakwa bola sepak meletakkan pemain berada pada tahap bahaya jika kekasaran yang dilakukan tidak diambil tindakan dengan betul.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
JURGEN Klopp. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|