CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 751|Reply: 1

Stuart dilantik CEO MFL baharu

[Copy link]
Post time 23-8-2021 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Siapa bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akhirnya terjawab apabila badan pengurusan liga itu mengumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dilantik menjawat jawatan terbabit.

Pelantikan Stuart sekali gus melengkapkan carta organisasi MFL selepas mantan CEO, Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden MFL bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyerahkan surat peletakan jawatan pada 12 Ogos lalu.

Ghani menyifatkan pelantikan itu dibuat sebagai satu keputusan simbiosis yang bermanfaat kepada industri khususnya kepada pengurusan bola sepak tempatan.

Ini kerana Ghani optimis keputusan melantik Stuart untuk memegang jawatan itu berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun yang dimilikinya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa termasuk Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi menentukan CEO MFL baharu selepas saya dipilih menjadi Presiden MFL pada minggu lepas.

"Saya bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara bersetuju untuk melantik Stuart sebagai CEO MFL baharu.

"Seperti saya katakan pada sesi sidang media pada minggu lalu, pengalaman antara kriteria penting buat CEO MFL di mana saya yakin bahawa kehadiran Stuart sudah pasti memberikan anjakan paradigma kepada senario bola sepak tempatan.

"Saya ingin mengalu-alukan kedatangan Stuart dan saya percaya beliau mampu membawa budaya korporat yang akan menjadi perubahan positif kepada MFL," katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Terdahulu, Stuart memulakan karier pengurusan dalam bola sepak pada 2008 selepas dilantik sebagai 'Professionalisation Consultant' oleh FIFA dan bertanggungjawab memberikan sokongan berterusan dan konsultansi kepada ahli gabungan FIFA dalam mewujudkan liga-liga baharu, mengemaskini pentadbiran persatuan negara serta menjadi perancang bagi program pendidikan pentadbiran FIFA (Futuro III).

Kemudian, Stuart dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Liga Super Malaysia (MSL) pada 2010 dan diberikan kepercayaan untuk merencana struktur FAM dan aspek komersial badan induk persatuan itu.

Pada 2012, Stuart menyertai AFC dengan memegang pelbagai jawatan pengarah termasuk Pengarah Kejohanan Kelab-Kelab AFC, Pengarah Pemasaran dan juga Pengarah Tanggungjawab Sosial.

Selepas berkhidmat di pelbagai tahap organisasi bola sepak, Stuart kemudiannya menjadi konsultan kepada dua agensi sukan terbesar di dunia Dentsu Sports dan IMG pada 2014.

Di Dentsu Sports, Stuart kemudian mengambil alih jawatan Naib Presiden selama empat tahun sehingga tahun 2018 dan mengetuai operasi agensi tersebut di Asia termasuk penajaan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, pengurusan Sukan Asia 2018 Indonesia dan perencanaan strategi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Selepas itu, Stuart bertugas di Pejabat Setiausaha Agung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 16 Julai 2018.

HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2021 07:21 PM | Show all posts

Stuart Ramalingam. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.044188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list