View: 779|Reply: 1
|
Loqman sedia ganti Rodney
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Nama pemain muda Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Loqman Hakim Marzuki kembali menjadi sebutan sebagai pemain pilihan bagi menggantikan Rodney Celvin yang mengalami kecederaan bahu ketika menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu lalu.
Berita Rodney yang perlukan rawatan susulan dan akan terlepas baki aksi saingan Liga Malaysia musim ini membuka ruang buat Loqman yang kerap ditugaskan ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak sebagai pemain gantian di posisi tengah sepertimana penampilannya pada aksi menentang Penang FC pada 17 Ogos, TFC (21 Ogos) dan juga Perak FC, April lalu.
"Saya rasa cukup bertuah apabila diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih untuk beraksi lebih-lebih lagi perlawanan penting seperti ketika menentang TFC yang lalu dan kita tahu mereka antara pasukan pencabar yang kuat di Malaysia.
"Jika peluang diberi untuk menggantikan Bonai (Rodney), saya perlu lebih bersedia selepas ini kerana sebelum ini saya cuma beraksi sebagai pemain gantian.
"Kalau diberi tanggungjawab sebagai pemain utama, maka saya perlu mempersiapkan diri pada tahap yang lebih tinggi berbanding aksi sebelum ini dengan rancangan usaha yang lebih baik lagi," katanya.
Loqman juga berkata bagi mencapai tahap terbaik, dia perlu bekerja keras dan berusaha dengan lebih gigih melalui pengalaman yang dikutipnya sebagai pemain gantian selama ini.
"Rasanya pengalaman saya di dalam padang masih lagi kurang, tetapi saya gembira kerana dapat terus belajar melalui pengalaman yang berharga dari setiap perlawanan yang sudah saya dilalui termasuk dorongan daripada jurulatih dan rakan seperjuangan.
"Saya juga berharap dapat terus berusaha lebih baik buat pasukan yang sedang berusaha mengumpul mata bagi mencapai kedudukan terbaik dalam liga selepas ini," katanya.
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
LOQMAN Hakim Marzuki. FOTO Ihsan KDA FC |
|
|
|
|
|
|
| |
|