View: 825|Reply: 1
|
Lukaku akui persembahannya kini dominan
[Copy link]
|
|
LONDON: Romelu Lukaku menggambarkan penampilan keduanya bersama Chelsea sebagai "dominan" selepas menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana buat Blues ketika juara Eropah itu mengetepikan Arsenal 2-0 awal pagi tadi.
Pemain Belgium itu kembali ke Stamford Bridge dengan rekod perpindahan kelab yang dianggap pelengkap bagi menukar pemenang Liga Juara-Juara itu kepada juara England.
Skuad kendalian Thomas Tuchel memulakan usaha ke arah itu dengan enam mata, menjaringkan lima gol dan tidak dibolosi daripada dua perlawanan pembukaan Liga Perdana.
Arsenal sebaliknya masih belum meraih mata atau menjaringkan gol ketika jurang antara skuad kendalian Mikel Arteta dan lawannya itu jelas kelihatan.
"Saya boleh katakan dominan," kata Lukaku mengenai persembahannya. "Kami sedar ia adalah perlawanan yang besar buat kami, semua orang melihat kami, kami bermain baik.
"Sebagai individu, saya cuba membantu pasukan. Saya katakan saya mahu menambah sesuatu yang berbeza kepada pasukan, saya harap dapat melakukannya dan saya mahu terus melakukannya."
Permulaan mengecewakan Arsenal pada musim ini berterusan sebelum sepak mula apabila Ben White menjadi pemain kelima disahkan positif COVID-19 dalam kalangan skuad Arteta sejak 10 hari lalu.
"Saya rasa kerana itu mereka adalah pemenang Liga Juara-Juara. Mereka perlu diberi saingan pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit," kata Arteta.
Bekas penyerang Inter Milan itu menerima bola pada minit ke-15, mengatasi kawalan Pablo Mari ketika bola sampai ke kaki Reece James di sayap kanan dan menyambung hantaran untuk gol ke-114 Liga Perdana bagi empat kelab berbeza. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyerang Chelsea, Romelu Lukaku meraikan jaringannya ketika menentang Arsenal di Stadium Emirates dekat London. - EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|