CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 896|Reply: 0

[Sarawak] Tempoh untuk lakukan pembaharuan pilihan raya

[Copy link]
Post time 31-7-2021 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Tempoh untuk lakukan pembaharuan pilihan raya




KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu menggunakan tempoh lanjutan Proklamasi Darurat selama enam bulan untuk melaksanakan pembaharuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan kelak.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii berkata, perkara tersebut penting untuk memastikan proses PRN dapat dilakukan dalam keadaan yang lebih selamat.

“Ia termasuk membenarkan rakyat Sarawak yang berada di luar negeri dapat menjalankan tanggungjawab mengundi tanpa perlu kembali ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya (Kelvin Yii Lee Wuen).

Terdahulu, menerusi kenyataan yang terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuan (30 Julai 2021) Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah mengisytiharkan bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Negeri Sarawak.

Sehubungan itu, Proklamasi Darurat itu juga akan berkuat kuasa mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.


sarawakvoice.com/2021/07/31

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081229 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list