Edited by Vellfire at 14-7-2021 12:23 PM
Tiga lagi kluster baharu diisytiharkan di SarawakKUCHING: Tiga kluster baharu jangkitan COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan Kluster Duyoh di Bau, Kluster Jalan Teo Kui Ngo di Meradong dan Kluster Sentosa 2 di Kuching.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Duyoh merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua keluarga di Kampung Duyoh, Jalan Jagoi-Serikin di Bau.
“Seramai 82 individu disaring dengan 22 kes didapati positif termasuk kes indeks, 53 kes didapati negatif dan tujuh lagi kes masih menunggu keputusan.
“Kesemua kes positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai Kluster Jalan Teo Kui Ngo katanya, merupakan kluster komuniti yang dikesan di Pusat Penjaja Bintangor di Jalan Teo Kui Ngo di Meradong.
Seramai 53 individu disaring dengan 13 kes didapati positif termasuk kes indeks, 16 kes didapati negatif dan 24 lagi kes masih menunggu keputusan.
Kesemua kes positif itu ditempatkan di Hospital Sarikei dan PKRC di daerah Sarikei.
“Kluster Sentosa 2 pula merupakan kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan petugas dan penghuni sebuah fasiliti kesihatan Kota Sentosa di Kuching.
“Seramai 181 individu disaring di mana 52 kes didapati positif termasuk kes indeks dan 129 kes masih menunggu keputusan,” ujarnya. Kesemua kes positif ditempatkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching.
Sementara itu, JPBNS memaklumkan penamatan lima kluster iaitu Kluster Emperan, Selangau; Kluster Jalan Jambusan-Sunchar, Bau; Kluster Ijus Penyelayan, Miri; Kluster Jalan Daya, Kuching dan Kluster Jalan Keruing, Kuching
Penamatan kelima-lima kluster itu dibuat selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari lepas
“Susulan itu, jumlah kluster yang masih aktif di Sarawak adalah sebanyak 98 kluster dengan 10 daripadanya merekodkan penambahan 38 kes baharu manakala 88 kluster lagi tiada penambahan kes,” kata Jawatankuasa itu.
|