|
SIBU: Disebalik wajah ceria, remaja berusia 19 tahun menyimpan derita yang harus ditanggung.
Remaja yang tinggal bersama-sama neneknya itu, sedang bertarung dengan kanser barah tulang belakang yang dihadapinya sekarang.
Bukan sahaja serba kekurangan, penghidap kanser Tahap 4 tersebut merayu bantuan makanan yang diterimanya ditukar kepada wang untuk pergi ke hospital setiap kali mendapatkan rawatan.
Beliau yang tinggal menyewa dengan neneknya sejak berusia 16 tahun di tingkat atas rumah kedai yang disewa.
Ayahnya meninggal ketika dia masih sangat muda, manakala ibunya telah berkahwin semula.
Malah lebih menyedikan, neneknya yang bekerja sebagai sebagai pembantu kedai kopi bergaji hari tidak bekerja sejak PKP 3.0.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu, Chambai Lindong berkata, remaja berkenaan membuat permintaan menukarkan bantuan makanan dengan wang tunai untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Ketika kami pergi untuk menghantar makanan kepada dia dan neneknya. Remaja berkenaan, bertanya, adakah kami dapat menukar makanan dengan wang tunai kerana dia memerlukan wang setiap kali pergi ke hospital.
"Permintaannya menyentuh hati kami. Kami menyerahkan makanan, tetapi remaja ini berhak mendapat bantuan yang diberikan oleh kita semua," katanya.
Beliau berkata, SDNU Sibu akan berusaha membantu dengan apa cara yang termampu.
|
|