|
Kuching, 8 Julai - Kes pertama positif Covid-19 melibatkan varian Delta (B. 1.617.2) dikesan di Sarawak pada 18 Jun lalu.
Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam kenyataannya hari ini berkata, kes import B itu membabitkan lelaki berusia 59 tahun dari Kuching.
Pengarah IHCM Profesor Dr David Perera berkata, selain itu kes positif melibatkan varian Beta (B.1.351) dan Theta (P.3) juga telah dikesan di negeri ini.
Menurut beliau, sejumlah 59 kes melibatkan Varian Yang Membimbangkan (VOC) dan Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI) juga dikesan dalam kes positif setakat 26 Jun.
Katanya, untuk Beta, 34 kes dikesan di Kuching, Bau (3), dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.
Manakala untuk varian Theta, 6 kes dikesan di Kuching dan 1 di Kota Samarahan.
Dr Perera menambah, kesan itu dikesan hasil pengawasan dan pengesanan secara berterusan Unimas membabitkan varian SARS-COV-2 di negeri ini.
Varian Delta dikesan buat pertama kali di India, manakala Beta di Afrika Selatan dan Theta di Filipina.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|