|
PADAWAN, 07.07.2021 : Tangkapan Pesakit Covid Melarikan Diri Dari Pusat Kuarantin KSKB, Jalan Puncak Borneo
Seorang perempuan pesakit Positif Covid-19 yang telah melarikan diri dari Pusat kuarantin, blok PKRC Asajaya, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sarawak, jalan Puncak Borneo pada pagi semalam (06 Julai 2021) telah ditangkap semula oleh pihak polis dan KKM di tepi jalan, berhampiran bangunan Kastam, Jalan Field Force, Petra Jaya, Kuching.
DSP Lim Jaw Shyong, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan berkata pesakit tersebut telah selesai menjalani hukuman penjara di Puncak Borneo dan seterusnya ditempatkan di Pusat Kuarantin kerana hasil ujian swab adalah positif.
Setelah suspek meloloskan diri dari pusat kuarantin terus menghubungi teman lelaki untuk menemaninya. Saspek mengaku dia melarikan diri kerana tekanan emosi berada seorang diri di Pusat Kuarantin.
Saspek berjaya dikesan serta ditangkap atas maklumat yang disalurkan oleh bapa kepada teman lelaki suspek dan semasa penahanan dibuat teman lelaki turut bersama dengan suspek di lokasi tangkapan ketika menunggu kehadiran pihak polis.
Tambah DSP Lim lagi, saspek telah dihantar terus ke Pusat Kuarantin Covid 19 di Pusat Kuarantin KSKB, jalan Puncak Borneo manakala teman lelakinya turut diserahkan ke Pusat Kuarantin kerana merupakan kontek rapat kepada saspek.
Kes akan disiasat dibawah Sekyen269 Kanun Keseksaan / Sek 22b Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 setelah saspek selesai menjalani rawatan pesakit covid.
|
|