Alena dan Sarah kebanggaan Sarawak
KUCHING: Kejayaan pemain sape tempatan terkenal Alena Murang dan Sarah Lois Dorai di pentas dunia memberi inspirasi kepada belia negeri ini mengikut jejak mereka terutama dalam industri muzik, kreatif dan penerbitan filem.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata seni kreatif, muzik dan penerbitan filem menawarkan kemungkinan tidak terbatas untuk generasi muda mengetengahkan bakat-bakat luar biasa mereka.
"Tahniah kepada Alena dan sepupunya Sarawah. Kejayaan mereka amat membanggakan kita dengan meletakkan Sarawak dan Malaysia dalam arena muzik antarabangsa dalam persaingan yang sangat sengit.
"Bagaimanapun kedua-duanya telah menunjukkan artis-artis Sarawak berkebolehan menggunakan muzik serta filem kreatif sebagai landasan mempamerkan kekayaan budaya dan warisan Sarawak dan borneo," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata tradisi, budaya, seni dan sejarah unik Sarawak sentiasa dengan mudah memikat imiginasi oang ramai dari negara-negara lain kerana sifat-sifat isotiknya.
"Video muzik yang dihasilkan begitu indah dan jalan ceritanya memukau penonton, mendorong mereka berimiginasi mengenai keindahan Sarawak terutamanya yang menyentuh sejarah, budaya seni dan tradisi dahulu.
"Ia masih merupakan tempat yang indah yang tiada di tempat lain," ujarnya.
Beliau turut memuji video muzik dihasilkan orang sama di sebalik kejayaan Alena memenangi anugerah berkenaan dikenali Midang Midang dan diarah Sarah dan penerbit bersama Kanid Studio and Project Room.
Alena dan Sarah memenangi anugerah Best Asia & Pacific Music Video dan memperoleh geralan kehormat bagi Kategori Kostum Terbaik di Anugerah Video Muzik Antarabangsa (IMVA) tahun ini di United Kingdom (UK).
Video muzik mereka yang bertajuk "Warrior Spirit" dikeluarkan di YouTube pada 27 Mei dan setakat ini berjaya menarik 149,000 view di seluruh dunua selain menambat hati juri-juri IMVA daripada pelbagai negara.
utusan borneo 2021-07-05T17:06:39+08:00
|