CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 2

[Sarawak] Penjaja enggan divaksin mungkin dilarang beroperasi

[Copy link]
Post time 5-7-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode



SIBU: Penjaja di semua pasar serta pusat penjaja termasuk Pasar Minggu dan Pasar Malam di bawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang enggan divaksin menjelang September nanti, kemungkinan tidak dibenarkan untuk terus beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Kecil Kaunselor Albert Tiang berkata, ia merupakan langkah proaktif yang diambil MPS untuk mengekang penularan COVID-19 dan memastikan kawasan tumpuan umum itu selamat dikunjungi.

“Keputusan ini telah dimaklumkan oleh pengerusi MPS kepada semua penjaja kerana kita mahu semua penjaja divaksin,” ujarnya kepada pemberita kelmarin.

Menurut Tiang, kira-kira 1,700 penjaja termasuk pembantu mereka berniaga di pasar di bawah kuasa MPS dengan 60 peratus daripada mereka telah divaksin.

“Kita mahu mencapai 100 peratus kerana kita mahu pasar kita selamat untuk dikunjungi semua,” jelasnya sambil menambah, pihak majlis sedang mendesak lebih kurang 500 penjaja dan pembantu mereka menerima vaksin.

Di Pasar Sentral Sibu sahaja katanya, terdapat lebih kurang 200 penjaja dan pembantu penjaja masih belum mendapatkan vaksin.

“Begitu juga lebih kurang 200 penjaja dan pembantu di pasar-pasar lain masih belum divaksin,” ujar Tiang.

Beliau menambah, ujian RT-PCR akan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan di Pasar Sentral Sibu pada 5 Julai ini, khas bagi penjaja dan pembantu mereka yang masih belum menerima vaksin.

Sekiranya penjaja didapati positif, gerai terbabit akan diarah tutup selama tiga bulan sementara sebulan sekiranya pembantu mereka positif COVID-19.

“Namun sekiranya kita telah mencapai sasaran 100 peratus penjaja dan pembantu penjaja ini divaksinasi, semua ini tidak lagi diguna pakai,” ujarnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 07:39 PM | Show all posts
bagus jugak cara ni
ada yang tak faham kenapa perlu ambil vaksin
bila dah ambil vaksin dapat mengawal penularan penyakit COVID-19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 05:33 AM | Show all posts
Vellfire replied at 5-7-2021 07:39 PM
bagus jugak cara ni
ada yang tak faham kenapa perlu ambil vaksin
bila dah ambil vaksin dapat menga ...
alasan susah nak dapat / tunggu vaksin tu tak boleh nak d terima kat Sarawak ni ...lagi2 untuk peniaga

sebab merata2 d sediakan tempat untuk ambil vaksin ...
kena rajin bertanya la ada kekosongan ke tak ...dan pergi memana ada PPV Bergerak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.423668 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list