|
TAWAU, 04 Julai 2021 (Ahad) - Polis Marin Tawau berjaya menangkap seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 28 tahun dan merampas sejumlah dadah beserta sebuah bot dan enjin di kawasan Kuala Sungai Tawau pada awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, Polis Marin Tawau dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau sedang membuat pemantauan risikan di kawasan kuala Sungai Tawau telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mohd Nazari Ismail berkata, setelah memperkenalkan diri sebagai polis, dua orang saspek telah cuba melarikan diri , namun seorang dapat ditahan dan seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri.
Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah beg silang yang dipakai suspek telah menemui sejumlah dadah disyaki jenis syabu. Tangkapan dan rampasan dianggarkan bernilai RM59,080.00.
Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau atas kesalahan seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|