CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 1

[Sarawak] Kantoi bawa arak dan rokok seludup

[Copy link]
Post time 4-7-2021 06:13 PM | Show all posts |Read mode




MUKAH: Sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa rokok dan minuman dipercayai barang seludup ditahan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di simpang Jebungan.

Pemeriksaan mendapati sebanyak 71 karton minuman keras dan 96 karton rokok pelbagai jenis disimpan di bahagian belakang dan tempat duduk belakang kenderaan.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengesahan terhadap barangan yang dibawa, dipercayai barang-barang untuk mengelak daripada duti import kastam.

"Kesemua barangan seludup dan kenderaan dirampas. Jumlah keseluruhan rampasan barangan kes dianggarkan bernilai RM105,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, permohonan terhadap suspek juga akan dipohon bagi melengkapkan siasatan kes.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM 100,000 (yang mana lebih tinggi) sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau RM 500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2021 07:13 PM | Show all posts
yahh penuh brg dimbaknya.. nang bukan2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 1.254906 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list