View: 1295|Reply: 3
|
[Sarawak]
[Edisi Degil] Bistro&Pub dikompaun untuk kali ke3
[Copy link]
|
|
Pada 02.07.2021 jam lebih kurang 10.30 malam ,satu pemeriksaan premis Bistro di jalan Song telah dilakukan oleh pasukan pemantau yang terdiri daripada pihak PDRM ,ATM, RELA dan juga UPKNS dalam OP PATUH Pemerkasaan Pemantauan SOP PKP.
Dalam pemeriksaan ini mendapati Bistro tersebut beroperasi tanpa kebenaran dan bukan termasuk di dalam Perkhidmatan Perlu.
Seramai 9 pelanggan dalam lingkungan umur 19 tahun hingga 32 tahun yang berada di dalam premis tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak Rm 2,000.00 setiap seorang manakala pemilik premis tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak Rm 10,000.00.
Semakan oleh pihak Polis mendapati bahawa premis tersebut pernah dikenakan kompaun sebanyak 2 kali sebelum ini ,iaitu pada bulan Ogos 2020 dan juga bulan Mac 2021 atas kesalahan buka premis lebih daripada masa yang ditetapkan dalam tempoh PKPB dan juga tiada penjarakan fizikal .
Semenjak OP PATUH dilancarkan,sebanyak 11 laporan kompaun telah dikeluarkan melibatkan 2 premis dan 31 individu.
Jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan setakat ini dalam OP PATUH adalah sebanyak Rm 64,000.00
PDRM akan mencadangkan pembatalan lesen premis perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana premis ini berterusan ingkar Peraturan Akta 342.
(AHSMON BAJAH ) ACP
KETUA POLIS DAERAH KUCHING
(Dikeluarkan pada 03 JULAI 2021)
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3 kali, awat tak penjarakan saja pemilik? Setakat 10k je denda celah gigi di saja... |
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
memang dia sengeh2 jer la takat 10k tu ...
dan padan muka yang datang tu kena 2k ... tak reti dendiam duduk rumah jer dulu ke masa camni...
|
|
|
|
|
|
|
|
nang suka nar nak derma saman koh
pekerja pun sikda pilihan kali
mun sik kerja sik da duit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|