|
Mayat mangsa ditemui sekitar 8.30 pagi tadi.
JULAU: Mayat warga emas yang tergelincir dan terjatuh ke sungai ketika hendak ke kebun menggunakan perahu di Sungai Mujok, Julau ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Julau, DSP Andam Sulin berkata, mayat Nyawai Guntur, 75, ditemui oleh penduduk sekitar 8.30 pagi pada jarak sekitar 15 minit perjalanan di bahagian hilir Sungai Mujok dengan menggunakan perahu.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang tanpa pakaian dan berada dalam keadaan yang sempurna.
"Berikutan itu akan dibawa ke hospital untuk proses selanjut," kata Andam ketika dihubungi media, hari ini.
Dalam kejadian tersebut, mangsa dari Rumah Gerasi, Nanga Ju, Mujok Julau dilaporkan terjatuh ke sungai ketika hendak naik ke perahunya pada Ahad lalu, sekitar 4.30 petang.
Mangsa dilaporkan hanyut dibawa arus deras pada waktu kejadian.
oleh Kepu Sidi
|
|