CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7241|Reply: 6

[Kenderaan & Pengangkutan] Tinggal kenangan. 'Turntable' manual terakhir di Tumpat dibongkarkan.

[Copy link]
Post time 23-6-2021 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Lokomotif kelas 25 [25101 P. ANGSA] dipusing kan di atas 'turntable' sebagai penghormatan buat kali terakhir sebelum dibongkar tapak asalnya bagi laluan kerja-kerja naik taraf Depoh Keretapi Tumpat.

Turntable Tumpat secara pusingan manual merupakan yang terakhir di Tanah Melayu yang masih kekal hingga tarikh ini - 22 Jun 2021

Plate nama tertera PATENT SHAFT & AXLETREE ENGINEERS CO LD. 1913. WEDNESBURY ENGLAND.




















Turn table manual terakhir di Malaysia yang terletak di Tumpat dibongkarkan pada hari ini, jam 11.30 pagi setelah 103 tahun digunakan. Kerja-kerja pembongkaran selesai dilaksanakan pada jam 1.00 petang.

En. Azman Hasan, Pegawai Operasi Tumpat berkata tujuan ia dibongkarkan adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf landasan baharu yang menghubungkan Depoh Tumpat ke bahagian pencucian tren.

Turn table tersebut akan ditempatkan ke lokasi baharu sejurus perbincangan lanjut dilakukan sebagai simpanan sebahagian sejarah kereta api untuk tatapan generasi akan datang.

Untuk rekod, turn table mula digunakan pada tahun 1913 di Depoh Stokereta Tumpat, Kelantan yang pada ketika itu di bawah pentadbiran Federated Malay States Railway (FMSR). Ia dibina di England dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Syarikat Patent Shaft & Axletree Engineers Co. Ld.

Fungsi turn table ini adalah untuk memusingkan lokomotif bagi menukarkan arah kedudukan ruang pemandu.

Keunikan turn table ini terletak pada titik graviti yang sangat sempurna, iaitu boleh dipusingkan dengan menggunakan dua hingga tiga orang kakitangan sahaja dalam satu-satu masa.

Keseimbangan graviti membolehkan turn table dapat memusingkan lokomotif dengan mudah sesuai dengan berat beban. Menarik bukan?












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ka yg terakhir? Yg terakhir berfungsi kot..
Sbb klu tak silap aku, kat alor setar ni masih lagi ada.. tapi bersemak la..tak terjaga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 23-6-2021 10:38 AM
Ya ka yg terakhir? Yg terakhir berfungsi kot..
Sbb klu tak silap aku, kat alor setar ni masih lagi  ...

Yes masih digunakan sampai skrg. Petang2 tengok kepala keretapi kena pusing, seronok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nazzse at 23-6-2021 12:55 PM

Sedihnya, tak dpt tengok dah.
Sinilah tempat arwah ayah iols dibesarkan, arwah atok plak dibawa dari India utk jadi boilerman kat sini.. RIP memories

Tempat weols tangkap ikan emas balik sekolah dulu. Petang rabu gi pasar malam park kereta tepi stesen.

Bongok betul gi upgrade, penduduk setempat semua tak setuju. Stesen ni sgt old school, satu nilai sejarah pun tak tinggal utk anak cucu tengok & hargai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 23-6-2021 08:51 PM
Sedihnya, tak dpt tengok dah.
Sinilah tempat arwah ayah iols dibesarkan, arwah atok plak dibawa dar ...

Kan.. biar je la as history.. bnyk lagi tanah
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:10 AM | Show all posts
najib888 replied at 23-6-2021 01:58 PM
Kan.. biar je la as history.. bnyk lagi tanah

demi duit semua rambang mata kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh di jadikan tmpt bersejarah, selalu tengok dlm internet je, ni boleh tgk real  tp syg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064650 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list