CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2922|Reply: 10

[Sarawak] Covid-19 19/06/2021

[Copy link]
Post time 20-6-2021 10:26 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Lima kematian, 569 kes baharu di Sarawak


UCHING: Sarawak hari ini merekodkan sebanyak 569 kes baharu dengan lima kematian akibat jangkitan COVID-19.



Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daripada 569 kes baharu berkenaan sejumlah 361 atau 63.44 peratus  kes telah dikesan di lima buah daerah iaitu di Daerah Sibu, Sarikei, Kuching, Bintulu dan Kapit.
Menurutnya, hari ini kes harian tertinggi direkodkan di Sibu dengan 131 kes diikuti Sarikei (83), Kuching (74), Bintulu (47), Kapit (26), Simunjan (23), Meradong (22), Miri (22), Kanowit (18), Serian (16), Mukah (16), Samarahan (14), Subis (11) dan Selangau (11).
"Sementara itu daerah lain merekodkan kes Sri Aman (8), Lundu (8), Bau (7), Telang Usan (7), Tatau (6), Pakan (4), Marudi (4), Tebedu (3), Bukit Mabong (3), Pusa (1), Asajaya (1), Lawas (1), Dalat (1) dan Song (1).
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak meningkat kepada 59,139," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS berkata, daripada 569 kes baharu yang dilaporkan, seramai 38 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 482 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.
"Hari ini terdapat lima kes kematian baharu melibat jangkitan COVID-19 dilaporka dan  menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 378 orang," katanya.
Kes kematian berkenaan melibatkan mereka berusia 46 tahun hingga 87 tahun, iaitu tiga kematian direkodkan di Hospital Sibu sementara dua kematian di Hospital Umum Sarawak di Kuching.
JPBNS berkata empat daripada kes kematian mempunyai penyakit komorbid sementara satu kes memerlukan bantuan dalam kehidupan harian, iaitu dari Kluster Iris Garden.


utusan borneo 2021-06-19T17:24:40+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 10:29 AM | Show all posts
Pembukaan PPV Klinik Kesihatan Jepak atasi rungutan penduduk


TINJAU: Talib bercakap sesuatu dengan pegawai dan kakitangan perubatan semasa meninjau Klinik Kesihatan Jepak kelmarin yang dibuka sebagai PPV di Kampung Jepak.

BINTULU: Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jepak susulan cadangan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip disifatkan penduduk setempat sebagai amat bertepatan.


Menurut mereka, cadangan itu memastikan tiada lagi masalah jarak jauh, birokrasi, tiada kenderaan dan perlu menempuh kesesakan di jalan raya.

Bahkan, ia selaras dengan keperluan penduduk kampung di Jepak terutamanya bagi warga emas yang sukar bergerak jauh dengan operasi untuk suntikan kepada 40 penerima telah dilaksanakan dengan lancar semalam.

Penduduk kampung, Samsuri Narawi, 61, yang mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Warisan Jepak berkata, pembukaan PPV oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan cadangan Talib memudahkan warga Jepak terutamanya warga lanjut usia mendapatkan vaksin.

Sebelum ini katanya, banyak rungutan untuk ke PPV di UPM (Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu) membabitkan masalah jaraknya yang jauh, birokrasi, kesesakan di jalan raya, malah penduduk yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke tempat tersebut.

“Maka dengan adanya PPV di Jepak, kita amat bersyukur kerana kerajaan terutama melalui wakil rakyat kita dapat menimbang kehendak rakyat,” katanya semasa dihubungi Utusan Borneo semalam.

Dengan kerjasama Klinik Kesihatan Jepak katanya, semalam penduduk Jepak telah diberi kemudahan dekat di kawasan penempatan mereka untuk menerima suntikan vaksin tanpa perlu pergi jauh ke PPV di kawasan bandar.

“Alhamdulilah sambutan terhadap pembukaan PPV klinik ini juga amat menggalakkan daripada penduduk sekali gus kita amat menghargai usaha yang dilakukan,” tambahnya.

Begitupun, Samsuri yang merupakan Ketua Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak meminta agar penduduk Jepak mendaftar butiran diri menerusi aplikasi MySejahtera untuk kemas kini nama dan pihak klinik akan melakukan pautan ke aplikasi tersebut dalam proses untuk menerima vaksin.

“Kita turut bersyukur kerana pihak klinik bersama sukarelawan MyVac (Malaysia Vaccine Support Volunteers) memberi bantuan dari sudut daftar kepada para penerima vaksin,” katanya.

Selain itu katanya, JKKK Kampung Warisan Jepak turut membantu kelancaran proses vaksinasi ini dengan menyediakan khemah, kerusi serta bantuan tenaga untuk pihak klinik serta para penerima vaksin.

“Saya mewakili JKKK Kampung Warisan Jepak dengan usaha sama Pusat Khidmat PBB DUN Jepak telah membantu Klinik Kesihatan Jepak dalam program pemberian vaksin kepada penduduk dan untuk permulaannya hari ini (semalam) seramai 40 orang sahaja akan divaksin,” katanya turut menerima suntikan vaksin dos pertamanya semalam.

Beliau berkata, sekiranya proses pemberian vaksin ini menggalakkan, maka jumlah penerima vaksin akan ditambah pada tempoh masa seterusnya.

Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Warisan Jepak Torny Chan, 61, yang turut senada berkata, beliau akan sentiasa berhubung dengan pihak klinik terbabit untuk memastikan penduduk yang telah mendaftar menerima suntikan vaksin yang telah disediakan.

Beliau berharap usaha ini akan berjalan lancar dan lebih ramai penduduk terutamanya di kawasan Jepak akan menerima vaksin untuk mencapai imuniti kelompok dengan cepat.


Seorang lagi penduduk, Faridah Wahit, 58, mengucapkan terima kasih kepada Talib, Klinik Kesihatan Jepak dan Pusat Khidmat PBB DUN Jepak yang memberi kemudahan kepada penduduk Jepak menerima suntikan vaksin (semalam).

“Kemudahan PPV di sini (Jepak) yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Jepak memberi banyak keselesaan ke atas penduduk sekali gus membantu warga Jepak dalam proses menerima vaksin,” katanya.

Kelmarin, Talib turut melawat dan meninjau keadaan Klinik Kesihatan Jepak yang dijadikan sebagai PPV tersebut serta menyampaikan sumbangan beberapa kotak air mineral dan lain-lain kepada klinik terbabit.

Sejumlah 40 penerima sehari akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di klinik terbabit dengan keutamaan akan diberikan kepada golongan warga emas dan rentan.




utusan borneo 2021-06-19T01:00:01+08:00

Comments

Terima kasih meriahkan Borneo :)  Post time 30-6-2021 01:21 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:31 AM | Show all posts
Sarawak tidak akan berpuas hati walaupun mendahului vaksinasi



KUCHING: Sarawak tidak akan berpuas hati walaupun telah diakui sebagai negeri yang mencatat jumlah terbanyak suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (gambar).


Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata sebanyak 55,248 orang telah divaksin di negeri ini semalam, jumlah tertinggi pemberian vaksin di negara ini, hanya sehari selepas jumlah mereka yang divaksinasi mencecah 49,000 di Sarawak.

“Kami mempunyai ruang untuk penambahbaikan bagi memastikan kesemua 2.2 juta rakyat Sarawak yang layak divaksinasi sepenuhnya menjelang Ogos tahun ini. Kami telah mengaturkan infrastruktur kami sejak dua bulan lalu dan dalam mod yang sangat aktif dalam melancarkan program vaksinasi di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaaan Khairy Jamaluddin telah mengucapkan tahniah kepada negeri ini atas pencapaian itu dan berjanji lebih banyak penghantaran vaksin akan dilakukan ke Sarawak.

"Kami sangat berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sangat menyokong, malah menyalurkan dana kepada kami untuk membeli vaksin kami sendiri. Kami telah mendahului negeri lain dan semestinya berbangga dengan pencapaian kami,” katanya.


Uggah berkata walaupun menghadapi tugas mencabar, ia tetap penting untuk dicapai kerana vaksinasi adalah jalan keluar untuk memerangi COVID-19, seperti terbukti di negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Walaupun pada permulaan negeri ini agak perlahan dalam pemberian vaksin disebabkan kelewatan mendapatkan bekalan vaksin, beliau berkata penghantaran dari Kuala Lumpur lebih kerap sekarang bagi membolehkan vaksinasi dapat dijalankan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Khairy dan Putrajaya (Kerajaan Persekutuan) kerana memahami kami dan membantu kami (mendapatkan bekalan vaksin),” katanya lagi. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:32 AM | Show all posts
Jabatan Kesihatan Miri nafi dakwaan tolak penduduk tiada Mykad diberi vaksinasi


KUCHING: Jabatan Kesihatan Miri menafikan dakwaan beberapa petani tanpa dokumen kewarganegaraan telah ditolak daripada menerima vaksinasi COVID-19 di pedalaman daerah Baram.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau telah menghubungi Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Raviwharmman Packierisamy berhubung dakwaan yang dilaporkan di sebuah portal berita pada Jumaat.

"Dr Ravi telah menafikan dakwaan dengan mengatakan pihaknya mempunyai mekanisme untuk menangani bagi mereka yang tidak memiliki Mykad yang datang untuk vaksinasi.

"Namun beliau akan menyiasat mengenai perkara ini," kata Timbalan Ketua Menteri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perlindungan Baram Philip Jau mendakwa beberapa petani ditolak vaksinasi di klinik kerajaan Long San di daerah Baram.


Beliau mendakwa telah menerima banyak laporan daripada penduduk setempatyang mengatakan mereka dilarang memasuki klinik sekiranya mereka tidak membawa Mykad mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:35 AM | Show all posts
Vaksin calon peperiksaan awam langkah wajar



KUCHING: Pemberian vaksin kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) langkah wajar oleh kerajaan dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Yang Dipertua  Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Datuk Rozalix Edi Wahab (gambar) berkata, Mapim berpandangan ia adalah usaha positif kerajaan yang membolehkan pelajar turun ke sekolah khasnya waktu pandemik kini.

"Mapim Sarawak amat menyokong insiatif kerajaan untuk memberi vaksin kepada pelajar yang terlibat dengan SPM dan STPM.

"Pada masa yang sama kita berharap vaksin turut diberi kepada calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) agar mereka boleh dinilai kebolehan masing-masing untuk mendapat keputusan yang bagus," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Rozalix berkata, dengan memberi vaksin kepada calon peperiksaan juga memberi peluang kepada mereka turutn ke sekolah berbanding pembelajaran secara atas talian.

Beliau berkata ia terutamanya pelajar atau calon berada di luar bandar atau tidak mampu mencapai liputan internet, yang tidak mendapat pendidikan sama rata dengan di bandar.

"Sehubungan itu, Mapim Sarawak mengucapkan tahniah dan syabas atas inisiatif kerajaan memberi vaksin kepada calon SPM, STPM dan sebolehnya STAM serta sebagainya," katanya.

Pada Jumaat, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan
calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan vaksin akhir bulan depan.

Khairy berkata suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu akan diadakan di sekolah.

"Selepas tiga minggu, mereka akan menerima dos kedua," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:36 AM | Show all posts
300 OKU akan terima vaksin COVID-19 minggu depan


Fatimah (kiri) bersama salah seorang penerima OKU (tengah duduk)yang telah di suntik dos pertama vaksin Covid-19 oleh salah seorang kakitangan NMSC.


KUCHING: Seramai 300 Orang Kelainan Upaya (OKU) bakal disuntik vaksin Covid-19 pada minggu hadapan kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK), Dato Sri Fatimah Abdullah.

Tambah beliau mereka merupakan kumpulan kedua daripada senarai OKU yang belum lagi mendapatkan vaksin berkenaan setakat ini.

"Langkah ini adalah untuk memastikan bahawa tiada OKU diluar institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tercicir daripada proses vaksinasi," katanya dalam kenyataan selepas melawat Program Vaksinasi OKU Bersama NORMAH (Pandu Lalu) di sini hari ini.

Justeru, beliau menyeru agar presiden dan pengurus pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk memaklumkan kepada kementeriannya sekira terdapat OKU yang masih belum berdaftar atau belum divaksin.

Sebelum ini, Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK), KWKPK dan Unit Pembangunan OKU telah menjalankan pengesanan aktif OKU yang belum divaksin.


Kemudiannya, telah menghantar senarai nama berkenaan kepada pihak Normah Medical Specialist Centre (NMSC) untuk tindakan selanjutnya.

Fatimah turut mengucapkan penghargaan kepada NMSC kerana memberikan slot vaksinasi kepada golongan berkeperluan khas OKU berumur 18 tahun keatas hari ini.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari itu memanfaatkan seramai 331 Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mendapat vaksinasi dos pertama.

Ia terdiri daripada seorang penerima OKU dari KWKPK , (25) dari Pendidikan Khas , (143) dari Persatuan Sukan OKU, (159) dari Swasta dan Lain-Lain dan tiga Orang Perseorangan OKU.

Aktiviti itu telah dijalankan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan antarannya penggunaan pelitup separuh muka, penjarakkan fizikal, penggunaan pensanitasi tangan dan sebagainya.

Pada 16 hingga 18 Jun lalu juga, seramai 750 OKU dan penjaga mereka telah divaksinasi di Pusat Agape, Sibu hasil kerjasama antara Pusat Agape dengan Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu dan Hospital Bahagian Sibu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2021 10:38 AM | Show all posts
Program imunisasi DUN Sebuyau lancar, 3,000 dos pertama diberikan


[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Julaihi (tengah) semasa mengadakan lawatan ke PPV di Sebuyau baru-baru ini.
[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]

KUCHING: Program imunisasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sebuyau semalam berjalan dengan lancar dengan keseluruhan 3,000 dos pertama vaksin Sinovac berjaya disuntik kepada penduduk zon Sebuyau, setakat semalam.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata sejak bermula pada 14 Jun yang lepas program lima hari tersebut mendapat sambutan menggalakan  daripada rakyat dari zon Sebuyau.
“Namun saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan  sebanyak 4,000 lagi tambahan dos pertama bagi mereka yang tercicir nama daripada program imunisasi ini khasnya  untuk PPV Sebuyau.
“Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan program ini khasnya warga kerja KKM dari Klinik Kesihatan Sebuyau dan Sebangan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Azzahari Abdillah dan rakan-rakan doktor lain serta anggota perubatan yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap kelancaran program ini.

Selain itu beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pejabat Residen Bahagian Samarahan yang diketuai oleh Berahim Lumpu, Pejabat Daerah Sebuyau di bawah kendalian SAO Ajis Ahmad, sukarelawan Jabatan Kebajikan Negeri Sarawak (JKNS), KMKK dan petugas daripada Pusat Khidmat ADUN Sebuyau.
“Terima kasih juga diucapkan kepada semua penduduk Sebuyau yang telah hadir ke program ini.
“Sekali lagi saya berharap penduduk Sebuyau yang belum menerima vaksin ini untuk mendaftarkan diri untuk menerima suntikan pertama vaksin demi keselamatan kita semua,” katanya.
Beliau mengajak semua masyarakat untuk bersama memainkan peranan sebagai barisan hadapan untuk keluarga dan juga komuniti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2021 10:39 AM | Show all posts
Limbang status hijau hasil kerjasama rakyat patuhi SOP


Dr Abdul Rahman ( dua kiri) menyerahkan peralatan pemanas air kepada Parum,kelihatan Denney (kiri) dan Khairul (kanan).


LIMBANG: Kejayaan Limbang bertukar kepada status hijau pada Jumaat selepas tidak merekodkan kes jangkitan tempatan sejak 14 hari lepas, menunjukkan rakyat di sini memberi kerjasama padu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.


Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata Limbang merupakan satu-satunya daerah berstatus hijau pada masa ini di Sarawak.

“Teruskan beri kerjasama dan patuhi SOP yang ditetapkan dalam mengekalkan Limbang berstatus hijau sekali gus mengekang penularan COVID-19,” katanya ketika menyerahkan sumbangan di Sekatan Jalan Raya (SJR) depan Kompleks Sukan Limbang hari ini.

Mengiringi beliau, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Ketua Polis Daerah Superintenden Parum Niot dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Daerah  Limbang, ASP Khairul Ridzuan Ahmad.

ADUN Bukit Kota itu berkata lagi pada masa ini semakin ramai penduduk di bahagian ini diberi vaksinasi dengan penambahan  lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV).


“PPV di daerah ini akan ditambah bagi memastikan lebih ramai rakyat diberi vaksin untuk mencapai imuniti kelompok sebagai usaha bersama memerangi virus COVID-19,”katanya.

Dr Abdul Rahman berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, polis dan agensi kerajaan lain memainkan peranan penting dalam sama-sama mengekang virus tersebut.

Katanya bagi menghargai pengorbanan para petugas barisan itu,  Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut bermurah hati menyumbang enam kanopi masing-masing tiga di Limbang dan Lawas dengan kos RM15,000.

Manakala Dr Abdul Rahman turut menyantuni petugas SJR dengan  menyumbang beberapa keperluan kerusi meja, peralatan elektrik sepertu pemanas air dan kipas dengan kos RM5,000 selain sumbangan barang makanan dan minuman daripada JPBB bernilai RM2,000.

Pada masa ini seramai 35 anggota polis bertugas di tiga SJR membabitkan depan Balai Polis Pusat, depan Kompleks Sukan dan depan Pusat Giat Mara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2021 10:40 AM | Show all posts
Empat kawasan diarah jalani PKPD

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini memutuskan empat lagi kawasan di negeri ini diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


JPBNS menerusi kenyataan berkata, antaranya PKPD di Kuarters Pekerja Chicwan Batu 5, Bintulu yang berkuatkuasa dari 18 Jun hingga 1 Julai 2021 serta PKPD di Rumah (Rh) Peter anak Suring, Sg Silas Tabau, Jalan Ulu Sebauh,  Bintulu (18 Jun hingga 1 Julai 2021).  
"Dua lagi PKPD melibatkan Rh Inchang, Skirau Ai, Tanjung Bijat, Sri Aman (19 Jun hingga 2 Julai 2021) dan Rh Legi Lubok Kawi, Kabo Saratok (20 Jun hingga 3 Julai 2021).
"Jawatankuasa juga ingin memaklumkan dua kawasan dilanjutkan PKPD iaitu Rh Tuntun, Kampung Seduku lli, Lingga, Sri Aman dari 19 Jun hingga 2  Julai 2021 dan Rh Robert, Sg Merudu, Sarikei (21 hingga 22 Jun 2021)," katanya.
Manakala, 11 lagi kawasan pula ditamatkan PKPD termasuk Kuarters Pekerja DD Palm Oil Mill Sdn Bhd, Sebauh iaitu pada 18 Jun 2021.

Selain itu  Kuarters Pekerja GSS Port (Lot 53,54,55 & 56), Samalaju, Bintulu (18 Jun 2021); Rh Ujan, Nanga Spaya, Ulu Engkari, Lubok Antu (18 Jun 2021); Rh Ulin, Teberu, Spaoh, Betong (19 Jun 2021) dan Rh Clement Bayang, KM30 Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (19 Jun 2021).
Turut ditamatkan PKPD di Rh Setinggan Batu 6, Bintulu (19 Jun 2021); Rh Bruen, Kampung Banting, Sri Aman (19 Jun 2021) Rh Bair anak Mam, KM28, Jalan Samarakan, Tatau (19 Jun 2021); Blok A,B,C,E,F,J,K,L,M,N & P, RPR Bandaria park, Bintulu (19 Jun 2021); Rh Jelia anak Jelema, Sangan, Tatau (19 Jun 2021) dan Rh Philip Janting, Ulu Bejawai Sangkong, Julau (20 Jun 2021).

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2021 01:23 PM | Show all posts
Vellfire replied at 20-6-2021 10:29 AM
Pembukaan PPV Klinik Kesihatan Jepak atasi rungutan penduduk

Terima kasih meriahkan Borneo
nah tacangnya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.441161 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list