View: 1433|Reply: 0
|
Ada Yang Hantar Santau, Bomoh Jumpa Balutan Seluar Dalam Di Bilik Ayu Ting Ting
[Copy link]
|
|
Meskipun sudah bergelar seorang ibu dan mempunyai anak perempuan berusia tujuh tahun namun hal itu tidak menghalang penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting untuk terus tidur satu bilik dengan ibunya sendiri.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Rosmalina, 29, sehingga kini dia tidur masih tidur sebilik dengan ibu, adik perempuan serta anak perempuannya, Bilqis Khumairah Razak.
Foto: IG
Ayu berkata dia bukan saja-saja mahu tidur sebilik dengan ibunya sebaliknya terpaksa berbuat demikian kerana percaya bilik tidurnya telah dihantar santau oleh individu yang berniat jahat.
"Bilik tidur utamaku tidak pernah saya tidur lagi sampai sekarang... saya tidur berempat bersama ibu, anak perempuan dan adik perempuan saya.
"Bila dah lama tak tidur, memang ada bau yang kurang sedap muncul di bilik itu dan seorang bomoh kata bilik itu telah dihantar santau oleh seseorang yang tidak suka dengan saya.
"Bomoh itu menemui satu balutan kain yang terdapat seluar dalam di dalamnya... menurut bomoh itu pelakunya adalah seorang perempuan," katanya.
Bomoh itu juga berkata kepada Ayu bahawa dia akan membersihkan kediaman penyanyi tersebut daripada anasir jahat dan akan menggembalikan semula santau berkenaan terhadap individu yang terlibat. -CARI
Sumber: mStar/ Sosok.id
|
|
|
|
|
|
|
| |
|