CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2069|Reply: 5

Lady Gaga pernah dirogol ketika berusia 19 tahun.

[Copy link]
Post time 22-5-2021 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Lady Gaga pernah dirogol



Los Angeles: Penyanyi terkenal Lady Gaga mendedahkan dia pernah hamil selepas dirogol seorang penerbit ketika berusia 19 tahun.

Kejadian malang itu berlaku ketika Gaga baru memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sekali gus memberi tekanan psikologi dan trauma sehingga hari ini.

"Waktu itu saya baru mengintai peluang dalam bidang muzik. Kemudain, seorang penerbit meminta saya menanggalkan pakaian. Saya berkata tidak mahu dan tinggalkan tempat itu.

"Namun, mereka mengatakan kepada saya mereka akan membakar semua muzik saya. Mereka tidak berhenti bertanya kepada saya. Waktu itu saya hanya mampu diam membisu dan saya hanya... Maaf saya sudah tidak ingat lagi," kata Gaga dalam satu dokumentari berjudul The Me You Can't See yang dihasilkan bersama Oprah Winfrey dan Putera Harry untuk Apple TV+, hari ini.

  


Menerusi perkongsian itu, pemilik nama sebenar Stefani Germanotta itu gagal menahan air mata ketika mengenang kembali kejadian paling menyedihkan dalam hidupnya itu.

Menurut Gaga, apa yang paling memilukan lagi dalam keadaan dirinya yang sedang hamil dan dikurung berbulan-bulan di dalam sebuah studio, penerbit terbabit menghantarnya pulang ke rumah keluarga dalam keadaan dirinya yang masih trauma.

Menurut penyanyi berusia 35 tahun itu, kejadian terbabit turut mengakibatkan dia terpaksa menerima rawatan di hospital selepas sering dihantui rasa takut dan kesakitan.

Kemudian dia menyedari bahawa dia sedang menderita gangguan tekanan dan trauma.

"Saya mengalami gangguan psikologi selama beberapa tahun dan saya bukan lagi gadis yang sama. Otak saya seperti tidak berfungsi dengan baik dan sentiasa berdepan perasaan takut dan resah.

"Saya sering berasa diri saya diekori awan hitam dan seolah-olah ada yang beritahu saya tidak berharga dan harus mati," katanya.

Sehingga hari ini. Gaga tidak mendedahkan siapa penerbit itu yang pernah merogolnya.

Dia terus merahsiakan nama lelaki terbabit daripada umum kerana tidak mahu bertemu dengannya lagi.


SUMBER:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Percaya la sgt kt minah propah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So mana pegi anak yg dia kandungkan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak report polis??
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 12:51 AM | Show all posts
dia gugurkan or keguguran? mana parents dia? why? bukan depa ni kaya ka? bukan apa, aku skeptikal dah ngan oprah ni.. dalam jaman WOKE ni, awat dia tak expose ja mcm rose mcgowan tu? bukan aku nak victim blaming ka apa, cuma oprah la ni suka buat propa lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? Baru tauuu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.141095 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list