View: 1319|Reply: 2
|
Pemfitnah Stray Kids diburu
[Copy link]
|
|
Pemfitnah Stray Kids diburu
TRAY Kids difitnah teruk hingga beri kesan psikologi kepada mereka.
ANNYEONGHASEYO! Tindakan meninggalkan komen berbaur fitnah yang ditujukan terhadap artis Korea Selatan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
Bukan saja kasar, malah ada komen yang sehingga tahap menjatuhkan reputasi.
Justeru, agensi kumpulan Stray Kids iaitu JYP Entertainment mengambil tindakan lebih keras dalam memburu pesalah yang cuba memfitnah artisnya itu.
Mereka mahu pesalah yang keterlaluan dikenakan tindakan undang-undang.
Perkara itu sebenarnya sudah ditegaskan agensi terbabit sejak awal tahun ini apabila menyifatkan hak asasi dan privasi Stray Kids diceroboh. Lebih teruk, tuduhan palsu turut disebar mengenai kumpulan itu.
Menerusi kenyataan terbaharunya, JYP Entertainment berjanji akan melaksanakan tindakan itu selepas pelbagai tuduhan buruk memberi kesan kepada psikologi anggota kumpulan terbabit.
Mereka juga turut mendapatkan bantuan agensi penyiasat untuk memburu setiap pesalah.
"Sebelum ini kami ada memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang keras terhadap kes pencerobohan hak peribadi dan privasi mereka. Namun, masih ada yang mengulangi perbuatan sebegitu.
"Kesannya, artis kami menderita gangguan psikologi. Jadi, kami sedang mengumpul bukti dan kenyataan saksi mengenai individu yang berulang kali cuba menceroboh hak privasi mereka.
"Kami juga sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang dikesan. Dengan bantuan agensi penyiasat, kami sedang mempersiapkan dokumen aduan undang-undang," kata agensi itu.
Mengulas lanjut, pihak agensi juga terpaksa berbuat demikian kerana perkara itu semakin menjadi-jadi sehingga menjatuhkan reputasi Stray Kids. Mereka tidak mahu mengambil ringan mengenainya dan tiada kompromi.
"Selain itu, kami juga dalam proses mengumpul bukti jenayah yang menghina dan menjatuhkan karakter artis kami. Ia termasuk penyebaran fakta palsu atau komen berunsur fitnah mengenai Stray Kids.
"Kami turut membuat pemantauan lebih ketat yang berterusan. Dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan, kami merancang untuk membawa mereka ke muka pengadilan serta tidak akan berlembut," katanya.
Dalam pada itu, JYP Entertainment terus menyeru semua pihak supaya tidak membuat percubaan untuk menceroboh hak serta privasi artis naungan mereka. Ia disebabkan ia mampu merencat aktiviti promosi artis berkenaan.
Mereka juga meminta peminat terutamanya untuk melaporkan setiap bukti kesalahan sebegitu kepada agensi terbabit. Mereka percaya ramai pastinya sudah mengumpul bukti kukuh mengenai aktiviti haram itu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes apa ni. X tau pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sorang member berehat coz ada isu buli. Byk juga kes idol dituduh buli time sekolah dulu. Kkdg pembuli ni pun pnh jd mangsa buli juga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|