CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1412|Reply: 1

Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya

[Copy link]
Post time 19-5-2021 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Ibu model Belanda rayu keputusan mahkamah batal samannya




Mendiang Ivana Esther Robert Smit




Kuala Lumpur: Ibu mendiang Ivana Esther Robert Smit memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan samannya terhadap polis, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia yang didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab serta cuai ketika menjalankan siasatan bagi menentukan punca kematian model Belanda itu.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berkata, notis rayuan itu yang difailkan semalam, sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari sama.

Verstappen, 57, menamakan Ketua Polis Negara, Asisten Superintendan Faizal Abdullah (Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi), Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Mengikut notis rayuan itu, Verstappen tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa pengurusan kes secara dalam talian (aplikasi Zoom) pada 21 April lalu.

Justeru, Verstappen mengemukakan rayuan terhadap keseluruhan keputusan mahkamah yang membatalkan samannya dengan kebebasan untuk memfailkan semula selepas didapati tidak mematuhi Aturan 18 Kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan perintah bahawa beliau perlu membayar kos sebanyak RM3,000 kepada kesemua responden.

Dalam penyataan tuntutan yang difailkan pada 20 November tahun lalu, Verstappen mendakwa anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence di sini, pada 7 Disember 2017 selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Verstappen mendakwa beliau dimaklumkan mengenai kematian anaknya pada atau sekitar petang 7 Disember 2017 dan berlepas ke Kuala Lumpur dari Belanda untuk mengesahkan serta menyiasat kejadian itu.

Sejurus tiba di Malaysia pada 9 Disember 2017, Verstappen mendakwa defendan meminta beliau mengenal pasti mayat anaknya di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau turut dimaklumkan oleh defendan dan seseorang bernama Sarjan Haliza (pegawai penyiasat pertama) bahawa jasad mangsa ditemukan dalam keadaan bogel di balkoni tingkat enam kondominium itu dan anaknya disyaki membunuh diri.

Wanita itu mendakwa defendan membuka kertas siasatan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) pada 7 Disember 2017 dan menutup kes itu selepas merumuskannya sebagai mati mengejut atau bunuh diri.

Verstappen mendakwa beliau tidak boleh menerima rumusan itu kerana perkara tersebut amat sukar dipercayai dan terkejut dengan tindakan defendan yang hanya membuka kertas siasatan di bawah SDR, oleh itu mendakwa tindakan defendan adalah perlanggaran jelas prosedur operasi standard dan amalan terbaik dalam siasatan polis.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar sangat anak lepas laku cam tu la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.129854 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list