CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1655|Reply: 5

Akibat kontroversi, Chrissy kini diiringi 'bodyguard'

[Copy link]
Post time 17-5-2021 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Akibat kontroversi, Chrissy kini diiringi 'bodyguard'



Los Angeles: Model selebriti Chrissy Teigen Legend, 35, muncul di khalayak umum buat pertama kali dengan diiringi pengawal keselamatan peribadi selepas terpalit kontroversi dirinya seorang pembuli, baru-baru ini.

Malah, Chrissy dilihat bersantai bersama keluarganya termasuk suami juga penyanyi, John Legend di taman tema Disneyland. Meskipun cuba menyorok diri, kelibatnya tetap menjadi perhatian di lokasi tumpuan pengunjung itu.

Penampilannya terlalu biasa di mana dia memakai topi, jaket jeans, seluar ketat serta kasut sukan sahaja. Namun begitu, dia mudah dicam kerana berjalan bersama suami dan dua anaknya, Luna serta Miles.

Terdahulu, Legend dihentam netizen selepas kenyataan lama yang ditujukan kepada penyanyi, Courtney Stodden didedahkan. Dalam kenyataan itu, dia menyuruh Stodden membunuh diri pada 2011.

Sekali gus, ia mencetuskan kemarahan ramai yang tidak menyangka Legend rupanya seorang pembuli. Bahkan, kenyataan menerusi ciapannya di Twitter itu cukup keterlaluan dan mengejutkan.

Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka beberapa hari lalu, pendedahan itu terus diperkatakan sehingga seluruh keluarganya dikecam. Pada masa sama, ramai juga yang memuji tindakannya mengakui kesilapan.

Tidak hanya itu, jenama terkenal Target juga memutuskan untuk menarik balik semula kerjasama projek peralatan memasak dengannya. Projek bersama beberapa jenama lain membabitkannya juga mungkin akan dibatalkan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2021 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia tweet masa mabuk kot?

Kenapa tak cakap twitter kena hack je?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2021 02:20 PM | Show all posts
berita lupa letak umur Courtney masa tu dlm lingkungan 15-16thn. bayangkan Chrissy masa tu buli budak2, soh bunuh diri.

entah apa masalah minah moon face nih, thn lepas rasanya... dia pernah buli sorg budak pompuan dlm twitter siap panggil 'cunt' lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 17-5-2021 06:20 AM
berita lupa letak umur Courtney masa tu dlm lingkungan 15-16thn. bayangkan Chrissy masa tu buli buda ...

Teruk la perangai...
Kalau betul la org kata sheols ni Trans dari Thai memang sesuai mulut tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2021 08:18 AM | Show all posts
Si Chrissy ni bagi aku acah2 artis yg sebenarnya bnyk menempel populariti laki dia. Pastu kuat meroyan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Rengsa aku tgk dia berckp senget bibir plastic dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.043992 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list