View: 1392|Reply: 1
|
Penyokong Terengganu kesal kenyataan Mora
[Copy link]
|
|
Penyokong Terengganu kesal kenyataan Mora
emain JDT, Bergson Gustavo ketika cubaan menjaringkan gol dalam aksi Liga Super menentang TFC. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Kuala Terengganu: Kelab Penyokong Bolasepak TFC kesal dengan kenyataan ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora yang melabel pemain Terengganu FC (TFC) tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi selepas Sang Penyu berjaya meleburkan rekod tanpa kalah skuad kendaliannya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri, Sabtu lalu.
Presidennya, Mohd Isa Che Arifin menegaskan sebagai jurulatih profesional yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, kenyataan tidak bertanggungjawab itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut pengendali kelahiran Mexico itu.
Katanya, sepatutnya Mora mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Nafuzi Zain sambil mengambil pengajaran berikutan kekalahan itu agar tidak memandang mudah keupayaan pasukan lain biarpun gah menghuni di tangga teratas liga selain memiliki rekod hebat muncul juara Liga Super tujuh musim berturut-turut.
"Walaupun kami penyokong TFC tidak dapat hadir ke stadium berkenaan, tapi pada pandangan kami selepas menonton melalui saluran YouTube, pemain TFC bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi dan berhak menang.
"Mungkin dengan kekalahan pertama skuad JDT musim ini membuatkan Mora sedikit tertekan kerana taktikalnya kurang menjadi untuk menyaingi pemain TFC.
Sepatutnya Mora harus menerima hakikat kekalahan itu dengan hati yang terbuka serta reda dengan kekalahan tersebut dan tidak menempelak serta meletakkan kesalahan kepada pasukan TFC atas kekalahan memalukan itu.
"Beliau juga harus memikirkan apa yang patut dilakukannya apabila ada pasukan dapat mengalahkan pasukannya yang sebelum itu kebal mengekalkan rekod tanpa kalah di stadium berkenaan sejak 21 bulan lalu.
"Hakikatnya penyokong TFC bangga dengan persembahan yang dipamerkan pemain dengan kesungguhan beraksi penuh semangat dan tidak kenal erti sifat putus asa sebelum berakhir dengan kemenangan.
"Setiap posisi dilihat sangat berdisiplin sekali gus tidak membenarkan pemain JDT melakukan serangan yang boleh mengancam gawang gol selain dibantu pula dengan aksi cemerlang penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin menepis segala serangan lawan.
"Selain itu ini adalah strategi jurulatih yang bijak merencana pasukan biarpun atas kertas kelebihan kepada pasukan JDT lebih-lebih lagi beraksi di tempat sendiri," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
luaskan terowong mu |
|
|
|
|
|
|
| |
|