CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1876|Reply: 3

Jessy menangis setiap hari

[Copy link]
Post time 2-4-2021 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Jessy menangis setiap hari


PENYANYI rap terkenal Korea Selatan, Jessy mendedahkan dia menangis hampir setiap hari disebabkan single terbaharunya, What Type of X.

Dalam satu temu bual dalam program bual bicara, Good Morning with Jang Sung Kyu, Jessi atau nama sebenarnya Jessica Ho, 33, memberitahu single terbaharunya itu memerlukan masa kurang daripada tujuh bulan untuk disiapkan.

“Sebenarnya saya tiada perancangan untuk melancarkan lagu terbaharu secepat ini.

“Single terdahulu, Nunu Nana keluar Ogos tahun lalu. Saya langsung tidak mempunyai waktu rehat secukupnya hinggalah sekarang.

“Dek kepenatan dan tekanan yang datang, saya menangis setiap hari hinggalah lagu berjaya diluncurkan baru-baru ini,” dedahnya penyanyi berdarah campuran Amerika Syarikat itu.

Dalam perkembangan lain, Jessi yang kini sibuk dengan aktiviti promosi What Type of X juga bakal hadir dengan program televisyen Sixth Sense 2 sebanyak 12 episod yang bakal disiarkan Jun nanti.


Sumber : https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2021 01:10 PM | Show all posts
Penampilannya untuk single kali ni nampak lebih menarik berbanding yang dulu lebih serabut
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka dengan Jessy sebab lantang and jadi diri sendiri. And suara dia sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 07:59 PM | Show all posts
Jessi ni mmg berbakat cma diawal kemunculan dia x bernaung dlm syarikat agensi yg besar dan terkenal...dia naik lps masuk reality show Unpretty Rapstar baru org nampk dia....dia bw imej org Amerika yg lntg brsuara dimana xsmua artis2 Korea brani lntg mcm dia...skg dah bernaung dibwh agensi milik PSY bru nmpk dia byk job...ad talkshow sndiri dan dlm variety show lain pun ad ja Jessi ni...

Mak ceq kurg dgn Jessi ni sbb suka berpakaian seksi lol...tp ceq ok ja dgn Jessi sbb dia tak nampak tipikal mcm artis Korea yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.166517 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list