CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1220|Reply: 1

Justin Bieber dimarahi kerana buat tatu lagi

[Copy link]
Post time 30-3-2021 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Justin Bieber dimarahi kerana buat tatu lagi



Justin Bieber yang mencacah tatu terbaharu berbentuk buah pir.



Los Angeles: Tindakan Justin Bieber yang mencacah tatu terbaharu berbentuk buah pir dan mempamerkan di media sosial tidak disukai ibunya.

Semalam, Bieber mempamerkan beberapa foto yang menunjukkan proses pembuatan tatu baharunya di bahagian leher yang dibuat oleh Dr Woo.

Tatu itu mendapat pujian daripada peminat Bieber, namun ibunya Pattie Mallette ternyata tidak senang dan mempersoalkan perkara ini.

"Masih kurang tatunya?" kata Mallette sambil menampilkan emosi kurang senang di ruangan komen Instagram Bieber.

Menurut ET, Bieber dalam satu temubual sebelum ini berkata, dia merancang untuk menambah koleksi tatu di tubuhnya.

Perkara ini dilakukan Bieber dalam perancangan pelancaran album keenamnya, Justice.

Ketika itu, dia memberitahu sudah memikirkan satu tatu berbentuk buah pir untuk menghormati lagu kegemarannya dalam album itu.

Bieber mempunyai banyak tatu di tubuhnya iaitu di leher, lengan dan perut. Dia juga mengaku mempunyai tatu di bahagian 'tubuh' yang terlarang.

"Saya berjanji pada diri sendiri bahawa saya ingin mempunyai tatu di tangan," katanya dalam satu temubual.


Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... eber-buat-tatu-lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 12:56 PM | Show all posts
Ingat biniknya yg marah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.127284 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list