View: 3599|Reply: 14
|
Saman Lagi! Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt Laku Keganasan Rumahtangga
[Copy link]
|
|
Saman Lagi! Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt Laku Keganasan Rumahtangga
Naik turun mahkamah dan failkan saman baru bukan perkara asing dalam kes perceraian antara Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Kedua-dua bintang Hollywood ini telah berperang, sejak Angelina memfailkan saman perceraian ke atas Brad pada tahun 2016.
Fail Saman Baru, Keganasan Rumahtangga
Dipetik dari ET Online, pada 12 Mac 2021 baru-baru ini Angelina Jolie telah memfailkan saman baru ke atas Brad Pitt dengan dakwaan melakukan keganasan rumahtangga.
Menurut bintang filem ‘Maleficent’ ini, dirinya akan menyediakan bukti dan sokongan pihak berkuasa bagi mengukuhkan fail saman yang dibuatnya.
Keterangan Anak Jadi Bukti?
Foto – Pop Sugar
Dimaklumkan bahawa tuduhan baharu ini, akan melibatkan keterangan dari anak-anak kedua-dua bintang Hollywood ini.
Menurut Fox News, Angelina dan keenam-enam mereka iaitu Maddox 19 tahun, Pax 17 tahun, Zahara 16 tahun, Shiloh 14 tahun dan kembar Knox Vivienne 12 tahun akan memberi keterangan semasa perbicaraan akan datang.
5 Tahun Naik Turun Mahkamah
Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official
Sejak kes fail saman perceraian dilakukan pada tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, hampir lima tahun lebih kedua-dua pelakon hebat ini naik turun mahkamah.
Pasangan yang dahulunya sangat dicemburui ramai, kini berperang habis-habisan di mahkamah dan sepertinya kes ini akan berlanjutan.
Tuduhan Tidak Berasas Lagi?
Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official
Pada tahun bulan November 2016, Angelina telah memfailkan saman keatas Brad Pitt dengan dakwaan telah melakukan penderaan kanak-kanak keatas anak mereka.
Tetapi kes itu kemudian ditutup selepas penyiasatan dilakukan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan juga Jabatan Perkhidmatan Keluarga Dan Anak tidak menemui sebarang bukti terhadap tuduhan tersebut.
Dan kini Angelina kembali menfailkan saman baru dengan tuduhan keganasan rumahtangga, buat masa sekarang pihak mahkamah masih dalam proses untuk perbicaraaan terhadap dakwaan baharu ini.
Kemelut Hak Penjagaan Anak Dan Harta Sepencarian?
Melihat kemelut perceraian yang melanda kedua-dua aktor ternama ini, rata-rata netizen menyatakan ini bukan saja berkait dengan isu hak penjagaan anak tetapi ianya termasuk isu harta sepencarian.
Semoga kedua-dua aktor ini dapat selesaikan kes ini dengan segera, kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka.
Sumber : https://wanista.com
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai anak angkat dia... cm org asia pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Raline replied at 29-3-2021 12:48 PM
ramai anak angkat dia... cm org asia pun ada
Mmg asia la sis..kemboja dgn apentah satu lg tu lupa |
|
|
|
|
|
|
|
tak sudah2...dia cerai tu move on jelahhh |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa kes woody allen ngan mia farrow pun bukan sikit kata mia bitter ..xleh terima kenyataan.tapi bila tgk dokumentari allen vs farrow ...gila bapak iblis nye woody allen tu.so kena siasat betul2 |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 31-3-2021 01:16 PM
dulu masa kes woody allen ngan mia farrow pun bukan sikit kata mia bitter ..xleh terima kenyataan.ta ...
Mana nak tengok dokumentari tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sayang anak deols c shiloh dengan sorang lagi kembar tu. dah nampak boyish |
|
|
|
|
|
|
|
shoyuna replied at 31-3-2021 05:44 PM
Mana nak tengok dokumentari tu?
Tgk kat HBO. |
|
|
|
|
|
|
|
shoyuna replied at 31-3-2021 05:46 PM
Sayang anak deols c shiloh dengan sorang lagi kembar tu. dah nampak boyish
Boleh tak I saspek Tu Angie punya keje..Dari kecik brainwashed anak cakap dioarg gay, naluri lebih pada lelaki, saja pakaikan boy clothes..sebab jeles maybe anak lagi lawa Dari dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tak terkejutpun. Klu lah illuminati nak kena sacrifice something, tak heran klu sheols sanggup korbankan anak deols. Jadi kaum lgbt |
|
|
|
|
|
|
|
Pdn muka. Bitch pencaras lg org. Kesian dgn jen masa tu whole world ship for them bradgenlina. Now rasakan |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak dia caras brad pitt dr jen aniston aku xsuka dia. Anyway Jolie ni bagi aku salah satu contoh classical american beauty mcm jugak princess grace. |
|
|
|
|
|
|
| |
|