CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6228|Reply: 10

Tips Cuci Pakaian Semasa Travel

[Copy link]
Post time 19-2-2021 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Tips Cuci Pakaian Semasa Travel

Kadangkala, bukan semua benda dan perkara berkenaan travel ni indah dan salah satu perkara yang menjadi masalah setiap kali sebelum dan selepas travel adalah pakaian. Sebelum pergi, berapa banyak bilangan pakaian yang kena bawak sudah tentu memeningkan kepala, bawak sikit, takut tak cukup. Bawak banyak, berat pulak beg. Pening!




Tak kiralah korang travel light, mahupun jenis yang kena bawak satu almari semasa bercuti, akhir sekali nanti korang mesti kena basuh semua pakaian tu kan? Untuk korang yang selalu travel, korang boleh cuba tips ini.
#1. Scrubba Wash Bag
Selain basuh baju handwash dan sidai dekat dalam bilik air, korang boleh cuba beli Scrubba Wash bag ni dari mana – mana kedai yang ada jual barang untuk camping dan sebagainya. Korang boleh cari online kalau susah nak jumpa, harga sekitar RM279.


Walaupun ini bukan posting berbayar untuk promote Scrubba ni, tapi benda ni patut ada kalau korang jenis hardcore atau nak travel light dan jimat. Selain memudahkan korang untuk men’dobi’, korang boleh jugak letak baju kotor dalam ni, setidaknya tak bercampur dengan baju bersih.
Bila rasa nak cuci, masukkan sabun (apa jenis sekalipun) dan basuhlah baju korang tu.

#2. Servis Dobi Hotel  


Biasanya, banyak hotel ada sediakan perkhidmatan mencuci pakaian ni. Cuma, atas kehendak atau keperluan kita lah nak gunakan atau tidak. Biasanya, harga perkhidmatan cuci pakaian dekat hotel lebih mahal sedikit dari harga luar. Cuma, korang tak perlu pening kepala nak mencari dobi dan pakaian bersih akan dihantar terus ke bilik.

#3. Cuci Tangan
Paling mudah dan paling menjimatkan, cuci tangan aje. Alah, macam kita selalu buat zaman duduk hostel dulu.


Ada beberapa trick untuk cucian baju guna tangan semasa travel ni kalau korang nak cuba.
Pertamanya, penuhkan sinki, baldi atau bath tub mahupun beg Ziploc (ini ikut kuantiti baju yang nak dicuci lah) dengan air suam dan tambahkan sedikit sabun pencuci. Sabun pencuci ni korang boleh cari dekat kedai runcit mahupun kedai serbaneka yang ada dekat dengan hotel. Kalau terdesak sangat, sabun mandi hotel tu pun boleh.
Kedua, korang pusingkan baju kotor yang dah direndam tu beberapa kali. Macam pergerakan mesin basuh tu, tapi ini secara manual. Kalau penat, korang pijak-pijak pulak. Tapi, pastikan kaki korang tu bersih lah. Kalau ada kawasan tertentu yang kotor pada pakaian, korang boleh letakkan sabun di kawasan tersebut dan sental dengan baju tu sendiri.


Ketiga, rendam. Rendam secukup rasa. Disarankan sekitar 5 minit lah. Oh iye, untuk langkah kedua tadi, lebih baik diasingkan baju bewarna dengan baju putih. Hehe. Takut turun warna nanti, rosak baju.
Langkah empat; buangkan air, bilas dibawah air mengalir untuk hilangkan sabun dan sebagainya dan terakhir sekali, perahlah sehabis yang boleh. Sebelum nak jemur, kalau boleh perahlah betul-betul supaya masa yang diambil untuk pakaian korang kering tu tidak terlalu lama. Kalau terdesak sangat, gunakan tuala untuk serap sikit air. Kendian jemurlah di tempat yang sepatutnya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak sgt basuh, pergi cari kedai dobi layan diri la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 04:33 PM | Show all posts
aku cuci baju kat dobi. ada dobi self service tu. lg murah dan senang. tak yah fikir bawa baju byk2
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 10:47 AM | Show all posts
gi dobi layan diri je senang... konsep aku gi jln lama mana pun..hny bwk 1 luggage je...jd tugas laki aku la mlm2 gi mendobi sambil2 dia lepak mamak. blk kg pun mcm ni..kecuali kalo kami 1 family je yg blk bolehla basuh kat umah je
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Dobi layan diri je... murah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari dobi je senang. Nama pon bercuti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2021 01:08 PM | Show all posts
selalu jalan ngan kawan ..kalau singgah di tempat tu 2 mlm mgkn kami akan cari tempat dobi. tapi kalau hanya singgah satu malam... biasanya kami masuh sendiri.  untuk keringkan kami gunakan heater hanger.. Insyaallah Jeans pun boleh kering dlm masa 1 mlm... kami mmg jenis bawak baju tak banyak jd memang kena membasuh....  tapi masa kami ke Venice.. sana tak jumpa dobi.. 3 mlm di sana mmg kena basuh sendiri....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 10:52 AM | Show all posts
dobi layan diri.....murah...save budget
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2021 12:17 PM | Show all posts
biasa cuci tangan je...gantung lah mana tempat yang sesuai kat bilik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2024 03:23 AM | Show all posts
Aku prefer laundry hotel je. Sbb malas nak menunggu di laundry luar atau laundry layan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 08:45 AM | Show all posts
laundry yang paling best aku pergi masa bercuti di Tsukiji Tokyo.. lepas subuh aku pergi.. masuk kan baju kotor.. gantung beg kat handle machine..

aku jalan jalan sekitar neighbourhood tu..

tengok orang nak pergi kerja..

tengok peniaga bukak kedai..

tengok rumah orang penuh dengan pokok buah persimmon..

lepas 1 jam datang collect baju..

basuh dan kering 1200 yen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.268005 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list