CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1657|Reply: 0

[MELAKA] Gempur Premis Haram Tanah Rizab Empangan

[Copy link]
Post time 29-1-2021 03:31 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian anggota penguat kuasa daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, TNB dan Jabatan Imigresen Melaka memeriksa premis haram di tanah rizab Empangan Durian Tunggal. - Foto BKSA


Berita Harian

Nazri Abu Bakar
bhnews@bh.com.my

MELAKA: Sebanyak 10 premis haram di tanah rizab Empangan Durian Tunggal di sini digempur Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka menerusi kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengarah BKSA, Faizah Abdul Rahman, berkata tindakan itu dibuat selepas notis pengosongan tapak dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Alor Gajah apabila mengesan pencerobohan termasuk pembinaan stor serta rumah pekerja.

Katanya, tindakan pemotongan utiliti diambil sepanjang operasi yang dikesan mempunyai bekalan elektrik serta air bersih berkenaan.

"Operasi bersepadu termasuk bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka serta Pejabat Daerah dan Tanah bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dengan kekuatan 32 anggota dan kakitangan.

"Dalam operasi ini, jabatan imigresen turut melaksanakan penguatkuasaan dan pemeriksaan permit bagi pekerja di tapak pencerobohan serta menahan seorang pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini sudah mengambil tindakan mengarahkan penceroboh mengosongkan kawasan tadahan air itu sejak 2012.

Malah, katanya, pihaknya turut mengesan terdapat pencerobohan tanah yang baharu dengan penanaman pokok durian, buah naga dan sayur-sayuran oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri sedang melaksanakan projek mematikan pokok kelapa sawit melalui kaedah suntikan dan memasang pagar di kawasan berkenaan.

"Pencerorobohan tanah rizab empangan ini akan menjejaskan kualiti air dan seterusnya akan memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.503927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list