CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 902|Reply: 0

Kapten Kathryn Janeway Arah Pihak Semua Bersatu Tangani COVID-19

[Copy link]
Post time 29-1-2021 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Ford


Harian Metro

Najiy Jefri
[email protected]

PADA ketika ini, negara di seluruh dunia pastinya sudah mula menerima vaksin Covid-19. Bahkan, pada kalangan selebriti juga sudah mendapatkannya untuk pencegahan.

Aktres Hollywood, Kate Mulgrew mendedahkan sudah menerima suntikan vaksin Covid-19, pada Isnin lalu.

Pelakon berusia 65 tahun yang juga terkenal menerusi watak Kapten Kathryn Janeway dalam filem Star Trek: Voyager itu menggesa kepada peminatnya untuk percaya kepada kehebatan sains.

"Saya baharu menerima suntikan vaksin Covid-19 kali pertama, Isnin lalu. Anggaplah, ini satu perintah daripada seorang kapten.

"Teruskan memakai pelitup muka dan membuat pendaftaran untuk menerima vaksin secepat mungkin," katanya.

Menurut Mulgrew, rantaian wabak berjangkit ini hanya akan berjaya diputuskan di Amerika Syarikat sekiranya semua pihak bersatu dalam menanganinya.

"Kita mampu melawan wabak ini, jika semua orang bersatu. Jaga diri dan percayalah dengan kehebatan sains," katanya.

Sementara itu, aktor Harrison Ford mengakui menunggu giliran hampir dua jam untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Indiana Jones dan The Last Crusade berkata, dia menerima suntikan itu di El Camino Community College, Torrance, California, baru-baru ini.

"Terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang bertugas," katanya.

Selain Ford dan Mulgrew, ramai selebriti popular Hollywood yang lain sudah menerima suntikan Covid-19 dos pertama. Antaranya ialah Arnold Schwarzenegger dan Samuel L Jackson.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047585 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list