CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1132|Reply: 0

'Tak Mau Vaksin? Itu Hak Anda' - Anji

[Copy link]
Post time 15-1-2021 08:49 AM | Show all posts |Read mode

Anji


Harian Metro

Jakarta: Penyanyi Anji, 42, tidak bersetuju apabila seorang pengikutnya di Instagram meminta dia mewujudkan gerakan anti vaksin memandangkan terdapat segelintir rakyat Indonesia menolaknya.

Anji berkata, mendapatkan suntikan vaksin adalah hak masing-masing dan ramai yang bergantung harap terhadapnya untuk menangani virus Covid-19.

"Saya tidak bersetuju tolak vaksin. Kenapa? Kerana banyak masyarakat berharap. Kerajaan juga sudah berusaha. Kalau anda tidak mahu vaksin, itu hak anda. Namun, untuk membuat gerakan atau demonstrasi itu hal lain. Sudahlah, jangan jadikan rakyat berhentam sesama rakyat. Kalau tidak mahu, ya itu hak anda tapi jangan hancurkan harapan orang lain," katanya.

Anji menyedari bahawa semua masyarakat pastinya ingin masalah Covid-19 dapat diatasi. Justeru, dia tidak mahu orang ramai berpecah-belah hanya kerana isu vaksin.

"Kita semua sama-sama penat. Semua ingin selesai dan keluar. Tidak usah kecoh-kecoh. Nanti tambah penat. Jalankan saja apa yang diyakini," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan penyanyi lagu Dia itu selepas pengikut bertanya kenapa Anji tidak buat gerakan anti vaksin. Individu itu turut mendakwa vaksin berbahaya dan mendedahkan saudaranya lumpuh disebabkan vaksin.

Terdahulu, Anji pernah mencetuskan perdebatan apabila menolak normal baharu. Dia juga menegaskan bahawa sesetengah orang tidak mahu bersuara sepertinya kerana tidak mahu 'diserang' orang yang berbeza pendapat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.624008 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list