View: 1937|Reply: 4
|
Syahrini Berusaha Dapatkan Anak - Harian Metro
[Copy link]
|
|
Syahrini & Reino.
Jakarta: Penyanyi Indonesia, Syahrini kini memberi tumpuan untuk mendapatkan cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Reino Barack.
Berita itu dikongsikan adik yang juga pengurusnya, Aisyahrani dalam satu temubual bersama stesen TV.
"Itukan harapan kita semua. Kalau namanya pasangan yang sudah berumahtangga, tentunya kita semua ingin cepat ada anak," katanya.
Tambahnya, tempoh perkenalan singkat kakaknya dengan Reino juga memerlukan sedikit masa untuk mereka bercinta.
"Sebelum ini, mereka sudah maklumkan bahawa ingin bercinta dahulu kerana tempoh mereka bercinta juga sangat singkat," katanya.
Aisyahrani juga memohon supaya peminat-peminat kakaknya mendoakan agar Syahrini dan Reino dikurniakan cahaya mata.
"Kalau sekarang, mereka beri tumpuan untuk mendapatkan cahaya mata, jadi doakan saja," katanya.
Perkahwinan Syahrini sebelum ini mengejutkan banyak pihak kerana rata-rata peminat sedia maklum bahawa Reino sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon, Luna Maya. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, jangan sampai obses nak anak sampai diri sendiri tertekan. Just enjoy the moment |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga di permudahkan buat incess.. Tp duit banyak incess, cpt2 lah buat ivf.. Umur pon dah meningkat. I teringin nak tengok anak incess hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Show pun tak banyak time covid19 bolehlah tumpu pada urusan peribadi pula |
|
|
|
|
|
|
| |
|