CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2247|Reply: 6

Tiada kaitan dgn TT: Ifan Seventeen sudah 'move-on'

[Copy link]
Post time 2-1-2021 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 2-1-2021 03:59 PM

Ifan Seventeen sudah 'move-on'


IFAN Seventeen. FOTO IG






Jakarta: Selepas kehilangan isteri tercinta Dylan Sahara dalam tragedi tsunami pada 2018, penyanyi Ifan Seventeen, 37, semakin pulih dari kesedihan dan kini intim dengan model, Citra Monica.
Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah turut memuat naik foto kemesraan mereka menerusi Instagram sebagai foto pertama di media sosial itu tahun ini.

Foto pertama menampilkan keduanya tersenyum ke arah kamera. Pada foto kedua, penyanyi Seventeen itu melihat kamera sambil mengerutkan dahi manakala Citra tertawa besar.

Rata-rata pengikut Ifan mengandaikan penyanyi terbabit kini sudah 'move on' dan bersedia mencari pengganti arwah isterinya.

"Swafoto pertama untuk 2021. Tahun ini doanya banyak sangat. Ya Allah semua doaku dan semua yang membaca doa, terkabul semua tahun ini. Kita berdoa banyak-banyak biar semakin terkabul semua ya," tulisnya diikuti emoji hati.

Terdahulu, Ifan menafikan dia sudah bersedia untuk kembali berumahtangga selepas mengumumkan bercinta dengan Citra pada 1 Disember lalu.

Dia juga menafikan menjadi punca keretakan rumah tangga Citra bersama bekas suami Aditiyo Januajie dan menepis tuduhan yang mendakwa dirinya perampas isteri orang.

"Yang saya tahu mereka sedang dalam proses (cerai). Dan saya rapat pun, mereka sudah rasmi cerai," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la.. masing2 berhak bahagia. Kenal seseorang yang isterinya meninggal. Maybe dah 3-4 tahun tp masih belum move on. Anak dua org. Muka kat fb mmg panda eyes je memanjang.. tgk post2 pun selalu sedih2. Mcm insomnia. Mcm blm dpt lupakan isteri. Badan pun kurus je. Sedih tgk dia dgn nak besarkn anak2 kecik. Please, move on.. Bahagia lah, jgn hanyut dlm kesedihan. Kalau husband iols pun, iols nak dia move on, jgn bersedih sampai depress Carila cinta baru, bahagia lah dengan orang baru.. Cinta kita dah berakhir.. Kalau ada rezeki mungkin bersmbung d akhirat. Kalau xda rezeki, it's okay, kat syurga hidup terlalu indah sampai kita dah takkn fikir rasa cemburu ke apa..
So bagus la Iffan ni move on daripada dia depressed...down, tak terurus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2021 04:39 PM | Show all posts
Atata replied at 2-1-2021 04:21 PM
Ok la.. masing2 berhak bahagia. Kenal seseorang yang isterinya meninggal. Maybe dah 3-4 tahun tp mas ...

owh bahagia sungguh kata2 mu itu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 2-1-2021 04:21 PM
Ok la.. masing2 berhak bahagia. Kenal seseorang yang isterinya meninggal. Maybe dah 3-4 tahun tp mas ...

Sedihnya jgn cmnii sedih sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem gak tt ni..eh maksud sy ifan seventeen itu yer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2021 04:53 PM | Show all posts
adakah ipan indon neh menagih cinta andartu???bincangkan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2021 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 2-1-2021 04:21 PM
Ok la.. masing2 berhak bahagia. Kenal seseorang yang isterinya meninggal. Maybe dah 3-4 tahun tp mas ...

Kisah benar ke ?
Kesiannya.

Semoga TT mengikut jejak langkah Ifan ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.235909 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list