Kisah berkenaan hubungan pengaraca sensasi NeeIofa dan PU Riz yang tiba-tiba dikatakan bergoIak sememangnya hangat diperkatakan sejak dari semalam.
Ia susulan dari khabar angin berserta status dimuatnaik kakak NeeIofa, Noornabila yang seolah-olah ada kaitan dengan PU Riz. Status tersebut bagaimanapun sudah dipadam oleh Nabila.
Lebih mencetuskan spekuIasi apabila terdapat segelintir warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan.
Desas-desus itu mula tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik NeeIofa dalam ciapan mereka.
Neelofa akhirnya telah tampil menjawab spekulasi tersebut dalam satu video di IG rasmi beliau
“Saya perlukan doa-doa anda buat saya.Alhamdulillah, terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai”
Neelofa juga menafikan dakwaan beliau terkena minyak pengasih, sedang berubat , sudah kahwin di kelantan, di kurung, dan pindahkan sejumlah wang ke akaun PU RIzz.
Menurut Neelofa semua perkara tersebut tidak benar, tidak berasas dan karut. Menurut Neelofa itu merupakan satu tuduhan yang berat dan meminta semua pihak menghentikan semua dakwaan yang tidak berasas tersebut
Dalam pada itu, Neelofa juga meminta masa untuk beliau menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam hubungan dia dengan Rizz.
Neelofa juga meminta maaf kepada semua pihak termasuk keluarga beliau sendiri dan keluarga Rizz
Selepas menjadi tanda-tanya orang ramai, NeeIofa akhirnya bersuara menafikan semua pertuduhan mengenai dirinya yang didakwa sudah dinikahkan bapanya, secara dengan PU Riz di Kelantan.
Hos yang juga seorang usahawan itu juga menafikan dua pertudvhan lain termasuk telah memberi wang sebanyak RM100, 000 kepada kekasihnya itu serta telah terkena miny4k pengas1h dari PU Riz.
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang diberikan NeeIofa sekitar pukul 7.55 malam tadi.
Kenyataan Rasmi Noor NeeIofa Mohd Noor
Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.
Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial. Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.
Antara andaian dan tudvhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :
Kononnya terkena buatan minyak pengasih.
Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.
Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.
Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.
Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.
Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.
Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
Bagaimana hubungan dengan PU Riz?
Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.
Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.
Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan.
Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya. Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai.
Terdahulu, Gempak pada 1 November melaporkan NeeIofa sah dirisik PU Riz. Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu NeeIofa, Noor Kartini menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Berikut link video penuh penjelasan penuh Neelofa
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 28-12-2020 12:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Satu2 nya retis nk jawab kat igtv pon siap lagi buat announcement..suh sume standby siap masuk awatni 745
penyanyi bernombor inform rumours good news preggy pon xde diva tara tu.just menyelit jap kat product launching sheols ja. hehehehe