CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 933|Reply: 0

Maloney Akui Kecewa - Harian Metro

[Copy link]
Post time 26-12-2020 03:08 PM | Show all posts |Read mode

Maloney (kanan) akur dengan keputusan pembatalan itu kerana ia berkaitan kesihatan dan keselamatan pemain. FOTO NSTP


Firdaus Hashim
[email protected]

Kuala Lumpur: "Ia memang ada rasa kecewa kerana pasukan ini ada potensi untuk layak."

Demikian nada kekecewaan yang diluahkan pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Brad Maloney selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan pembatalan saingan Piala Dunia B-20 di Indonesia tahun depan.

Menerusi satu kenyataan rasmi daripada FIFA itu, keputusan terbabit diambil selepas mengambil kira situasi semasa ekoran pandemik Covid-19 yang membahayakan ketika ini.

Jelas Maloney, beliau menerima keputusan itu namun mengakui sedikit kecewa.

"Berdasarkan prestasi pasukan, kita ada peluang untuk layak dan selepas berlatih agak lama inilah peluang terbaik untuk ke Piala Dunia.

"Tetapi kita harus akur dengan keputusan pembatalan itu kerana ia berkaitan kesihatan dan keselamatan pemain," katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Selain pengumuman pembatalan kejohanan Piala Dunia B-20 di Indonesia, FIFA turut membatalkan Piala Dunia B-17 di Peru.

Namun begitu, Indonesia dan Peru tetap dikekalkan sebagai tuan rumah untuk edisi seterusnya iaitu pada tahun 2023.

Ini bermakna, kelompok pemain B-19 negara ketika ini seperti Luqman Hakim Shamsudin dan Wan Kuzri terpaksa melupakan hasrat merasai nikmat Piala Dunia sekiranya layak, dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini perlu membentuk skuad baharu untuk menghadapi saingan itu tiga tahun lagi.

Pembatalan pertandingan itu juga akan memberi kesan pada Kejuaraan AFC B-19 yang akan berlangsung di Uzbekistan pada bulan Mac depan.

Ia bermakna pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir tidak akan mendapat apa-apa slot ke Piala Dunia B-20 tahun depan.

Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang saingan AFC B-19, Maloney mengesahkan akan meneruskan latihan mengikut perancangan sebelum ini.

"Apapun kita akan terus mengikut perancangan asal untuk mengadakan latihan pada Januari ini kerana saingan AFC diteruskan mengikut kepada keputusan terdahulu.

"Sehingga ada perkembangan baru dari AFC, kita akan berlatih dan siapkan pasukan," katanya yang berasal dari Australia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.095957 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list