View: 2570|Reply: 6
|
Azman Adnan Saran Ikut Jejak Safawi, Luqman - Berita Harian
[Copy link]
|
|
Luqman Hakim Shamsuddin (kiri) dan Safawi Rasid. - Foto ihsan vocket fc.
Zulfaizan Mansor
[email protected]
KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Azman Adnan percaya skuad Harimau Malaya akan menjadi lebih mantap sekiranya lebih ramai pemain muda mengikut jejak langkah Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara.
Dia yang juga bekas penyerang sensasi Selangor berkata pemain muda akan mendapat pengalaman sangat berguna di luar negara yang pasti berbeza dengan apa yang mereka peroleh di Liga Malaysia (Liga M).
Katanya, sudah tiba masa untuk bola sepak negara melangkah jauh ke depan dengan mendedahkan pemain muda yang berbakat kepada pengalaman beraksi di luar negara.
"Kalau lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan. Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka bermain di luar negara?
"Jadi kita cuba ambil satu langkah ke depan. Jika ada pemain kita yang betul-betul berbakat, kita hantar, kenapa tidak mencuba? Tak cuba tak tahu, yang penting kita cuba, sentiasa positif.
"Kalau ada lapan pemain, tidak kisah (bermain dengan) kelab mana-mana atau divisyen berapa pun, tapi bila dia balik, dia akan dapat pengalaman yang berbeza daripada Liga M," katanya.
Luqman ketika ini beraksi di Liga Belgium bersama kelab KV Kortrijk manakala Safawi pula menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Safawi bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pangkuan JDT musim depan, sekali gus kemungkinan tidak akan menamatkan tempoh pinjaman selama semusim itu.
Ditanya mengenai perkembangan itu, Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan hanya Safawi dan JDT yang mengetahui apa yang mereka lakukan.
"Ini bergantung kepada Safawi dan pengurusan (JDT), mereka yang lebih tahu. Saya tak boleh nak buat apa-apa komen. Sama ada dia balik atau tidak balik, itu antara mereka," katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mana nak main luar kalau player kat malaysia ni overpaid gaji tinggi sangat. chanatip yang main top liga jepun pun gaji lagi murah dari sebahagian player local. |
|
|
|
|
|
|
|
NBH replied at 21-12-2020 03:08 PM
macam mana nak main luar kalau player kat malaysia ni overpaid gaji tinggi sangat. chanatip yang mai ...
Kalau buh ayat ni kat fb, ko akan dicop dengki
Xkan nak beli beras dgn lencana...katanyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni bab bola x tau sgt ...tapi igt lg ada gak pemain malaysia yg Indonesia amik dulu kan....lupa dah nama dia ... |
|
|
|
|
|
|
|
pui. beli mustang bergambar macam tokey mlm tapi main macam haram.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak pengalaman yg diperlukan player baru untuk jadi pemain hebat macam Supermokh, 100 tahun pengalaman pun tak cukup, kalau yang difokusnya hanya duk kehulu kehilir dgn gf, tayang baju brand2, kereta mewah.
Buang masa & tenaga rakyat Malaysia menunggu sahaja.
Malaysia tak kan ada player legend baru buat masa sekarang, sebab yang memimpin pemain muda semua haprak, Beckham dulu dah established kot tetap Sir Alex memberi tanda amaran di dahi akibat dia extra fokus dengan lifestyle dia dgn Victoria, selamat dicampak ke Real Madrid,
Player sekarang, langsung tak established tapi besar kepala, dia tuan besar, semua ikut telunjuk, dia nak ke langit kau hantar, dia nak balik bumi kau ambil balik, kau sebagai coach/manager/ketua, kau adalah hamba abdi dia, dia main macam tahi, kau nak sub dia keluar pun gigil2 serupo ponde, kau dah bagi taktikal baik dia main serupa sampah, kau salahkan diri sendiri, player tetap terbaik
Malaysia nak cipta player2 baru setaraf Supermokh, tapi tak ada pemimpin rare macam Sir Alex, minta maaf, lambeeeeeeeeert lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|