CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2102|Reply: 2

Janji

[Copy link]
Post time 6-8-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 6-8-2020 11:16 PM

Saya Nekad Nak Berubah,” Kisah ‘Isteri Cerminan Suami’, Wanita Berubah Selepas Si Suami Mula Pandai ‘Beli Jiwa’

Isteri adalah merupakan salah satu anugerah yang dikurniakan oleh tuhan untuk dijaga oleh lelaki yang bergelar suami.

Sudah menjadi asam garam rumah tangga jika berlaku perselisihan faham di antara pasangan. Justeru, perkara tersebut haruslah diselesaikan secara matang.

Banyak kes-kes perceraian yang berlaku di Malaysia berpunca daripada pelbagai masalah. Namun sekiranya ada unsur bertolak ansur, rumah tangga pastinya akan berpanjangan dan kekal bahagia.

Menerusi perkongsian yang dikongsi melalui akaun Facebook Kisah Rumah Tangga, seorang warganet menceritakan tentang kisah rumah tangganya yang pada awalnya bukanlah seperti yang diimpikan ramai orang.

Namun selepas dia nekad untuk berubah, rumah tangganya kini dikatakan lebih bahagia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikut perkongsiannya seperti berikut:

Salam min. Cerita cerai berai je hari-hari aku baca. Ni aku nak share cerita bahagia pula tapi yang sedih kami tengah diuji sampai aku tak habis-habis menyesal atas apa yang aku buat. Aku nikah muda, masa tu aku 23 tahun je isteri pulak 18 tahun.

Awal perkahwinan
Kami nikah pada tahun 2010 dan alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak yang bijak cantik macam ibu dan kacak macam ayahnya. Masa mula-mula kahwin, saya seorang yang panas baran isteri pula jenis kuat melawan.

Tangan kaki hinggap dekat muka isteri dia pula melawan gigit dan cakar saya. Habis berdarah-darah tangan badan dicakar. Dia pula lebam-lebam badan saya belasah. Pergaduhan punca dari kami yang tidak matang.

Contohnya isteri malas masak, saya pula tak reti nak tolong buat kerja rumah. Kadang-kadang gara-gara isteri membebel pun boleh jadi gaduh besar. Lepas lahir anak pertama, kami masih macam tu, gaduh lawan-lawan. Anak kedua sama juga.

Tapi saya jenis tak layan perempuan walaupun sekarang saya kerja dalam badan beruniform dan berpangkat tinggi. Ramai wanita tergila-gila termasuk di office tapi tak layan sebab bagi saya tu semua buang masa. Cuma saya memang panas baran, sampai lah lahir anak ke 3.

Nekad untuk berubah
Saya nekad nak berubah. Saya taknak pukul isteri saya. Pertama saya biarkan isteri membebel, bila dia buat muka, saya cepat-cepat bawa anak main-main, bila dia nak makan sesuatu saya cepat-cepat beli, saya dah mula beri isteri hadiah, emas bunga dan kadang-kadang ajak anak isteri makan dan melancong diluar.

Sejak tu isteri dah mula berubah. Isteri dah belajar masak. Masakan pertama isteri adalah nasi briyani kambing sebab tu makanan kesukaan saya. Isteri berlajar dari google je. Baru saya tahu isteri masak sangat sedap min.

Hasil daripada perubahan yang dilakukan
Saya puji masakan isteri saya, lama kelamaan isteri saya makin rajin belajar, macam-macam resepi isteri masak dan semua menjadi, sampai lah kek dan biskut pun isteri saya dah pandai buat.

Dan saya selalu puji isteri saya dan dia makin semangat nak buat sesuatu. Bukan tu je min, makin usia meningkat layanan isteri saya makin top. Macam-macam cara dia belajar untuk puaskan saya sedangkan dulu macammacam alasan dia beri untuk menolak.

Makin saya puji isteri hebat, makin pandai dia layan saya. Bukan tu je. Anak-anak lagilah dia reti sangat nak handle. Pukul 4 dah bangun masak bekal anak-anak. Pukul 8 am kerja semua dah siap. Saya pula kalau malam selalu tolong basuh pingan, jemur kain, dan bawa anak-anak main masa tu isteri pula santai-santai.

Bersabar dan nekad untuk berubah
Ya Allah hebatnya ujian yang kau berikan sebelum ni dan semuanya kau hadiahkan dengan kebahagiaan. Syaratnya adalah kena bersabar dan nekad berubah, jangan kita berharap pasangan kita berubah kalau kita sendiri tidak berubah.

Jika kita berubah menjadi lebih baik, in sha Allah pasangan kita juga akan baik-baik. Sekarang isteri saya baru melahirkan anak nombor 4. Alhamdulillah rezeki makin mencurah-curah bila saya dinaikkan pangkat dan kami akan buka bussines sendiri.

Tapi isteri diuji bila disahkan sakit kenser tahap 2. Saya yakin isteri boleh sembuh, setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Semoga Allah jaga keluarga kami. saya nak pesan pada lelaki diluar sana, nak isteri yang baik, cuba kita perbaiki diri dahulu in sha allah semua akan baik-baik.

Isteri bukan hamba tapi amanah. sama-sama lah saling bantu membantu. Buang sikap ego dan panas baran. Isteri wanita yang kita pilih pastikan pilihan kita tepat dan jagalah dia.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka cerita TT.. Thanks for sharing such a great story.. Mmg sebaiknya betulkan diri dlu br betulkan org.. Puji 10kali dlu baru tegur 1kali
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 02:37 AM | Show all posts
bagus tered ni
kebetulan tgh layan kepala lagu ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.587360 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list