Mana nak dapatkan kupon Free Shipping Shopee ? Ini cara bagaimana anda boleh dapatkan kupon Free Shipping Shopee Malaysia untuk anda terus membeli belah dari platform Shopee. Boleh jimatkan duit shipping anda. Dah dapat harga murah, dapat pula kupon Free Shipping Shopee .Memang berbaloi-baloi .
Tapi ramai yang masih salah faham tentang kupon free shipping ini sampai kan ada beberapa pelanggan saya yang marah pada saya, kenapa sepatut nya tiada cas penghantaran semasa order barang di Shopee, tetapi semasa check out dari cart , ada pulak cas shipping RM5.04 . Kenapa ?
Sebab mereka tidak menggunakan kupon Free Shipping Shopee semasa check out . Jadi, ia akan di caj kos penghantaran seperti biasa. Jadi, amat penting nya, kupon free shipping semasa anda membeli belah dalam apps Shopee
Cara Dapatkan Kupon Free Shipping Shopee Malaysia – Lebih JimatLangkah #1 – Masuk ke dalam aplikasi Shopee di smatphone anda dan cari butang ” Free Shipping ” – pada Butang ikon lori . Kemudian, klik pada butang tersebut.
Langkah #2 – Tekan pada butang ” Get Voucher ” dan anda akan terima kupon anda terus ke akaun Shopee anda nanti. Selepas itu, tekan butang ” View Voucher” untuk melihat kupon-kupon anda yang available untuk di gunakan semasa pembelian kelak.
Ini adalah antara kupon-kupon dalam akaun saya. Jadi, saya boleh gunakan kod kupon free shipping semasa proses checkout. Dalam bahagian ini juga akan di nyatakan jika ada kupon-kupon dari kedai / individu lain.
Namun, walaupun anda dapat kupon free shipping ini,bukan lah bermakna semua item dalam Shopee anda boleh dapat free shipping kerana anda perlu kan pembelian minimum (seperti jadual di bawah) untuk menikmati diskaun penuh kos penghantaran melalui Shopee.
Contoh nya anda membuat pembelian dari satu seller sebanyak RM29.50 , bermakna anda perlu membuat pembayaran penuh kos penghantaran sebanyak RM5.04 . Jika anda nak subsidi penuh kos penghantaran, anda perlu buat pembelian sebanyak RM40.00 minimum untuk satu transaksi anda .
Namun begitu, kos penghantaran Shopee masih di kira murah (hanya maksimum RM5.04) , berbanding dengan kos penghantaran yang anda akan di caj oleh peniaga dari website, Instagram atau Facebook . Anggaran kos penghantaran yang akan di kenakan adalah sekitar RM7 ~ 8 /parcel di bawah 1KG .. atau mungkin lebih jika item yang anda order tersebut melebihi berat atas dari 1KG ..
Tahu kah anda, yang anda sebenar nya boleh menjana pendapatan tambahan melalui Shopee dengan menjual barang anda di Shopee. Ini 5
sebab kenapa anda perlu mula menjual di Shopee.
Untuk tahun 2020, pihak Shopee telah turunkan nilai minima untuk penggunaan Kupon Free Shipping Shopee kepada pembelian minima RM19 untuk satu transaksi sahaja. Ada juga kupon free shipping Shopee yang anda hanya boleh gunakan dengan Shopee Pay sahaja. Jadi, anda rujuk di bahagian Voucher di Shopee apps anda.
Jadi, nak lebih jimat ? Pastikan anda anda guna kupon Free Shipping Shopee anda . Selamat membeli belah .
sumber
------------------------------------------------
saya lepak shopee aje,Lazada tu saya kurang suka interface dia
tak selesa, tadi baru beli vape untuk 'member', bukan dapat free shipping
pun, bukan semua barang beli boleh dapat tu kot.tapi,kebanyakan barang
saya beli sini,memang guna free pos tu hehe