TUNTUT RM50 KREDIT PERCUMA DI EWALLET ANDA MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA
Pada 8 Jun yang lalu, kerajaan telah mengumumkan tentang pemberian kredit RM50 secara percuma melalui aplikasi MySejahtera.
MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan kerajaan yang mana untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA DI ANDROID DAN IOS
Ikuti langkah untuk memuat turun aplikasi MySejahtera :
Langkah 1 : Muat turun aplikasi MySejahtera yang boleh didapati di Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery
Langkah 2 : Klik pada "daftar di sini"
Langkah 3 : Masukkan nombor telefon bimbit anda atau e-mel anda
Langkah 4 : Tekan "Hantar". Anda akan menerima one time pin "OTP" melalui sms daripada 63839 (jika anda mendaftar menggunakan nombor telefon) atau e-mel (jika anda mendaftar menggunakan e-mel)
Langkah 5 : Sila masukkan nombor OTP yang diterima dan tekan butang "Hantar"
Langkah 6 : Masukkan butiran pendaftaran seperti di skrin aplikasi MySejahtera anda
Langkah 7 : Tetapkan kata laluan & tekan butang "Sahkan"
Langkah 8 : Skrin anda akan memaparkan "Pendaftaran Berjaya"
kalau tengok video tu,macam tak berapa nak ada hehe
saya ada baca sebelum ni..ada yang cerita nak suruh berselfie bagai
gila apa la kan..terutama yg dapat 30rm dulu tu.
haha.adala tu,jangan bagi maklumat kita dekat agent insuran ke
dahla,,tapi,nampak gayanya,tak banyak sangat dia minta info
kot,saya belum daftar,malas pula,hanya download mysejahtera
ha gitu trylah haha