|
Hahaha…gurau je tahun depan tu. Tapi tang sibuk tu aku tak gurau. Nanti insyaAllah aku akan update cerita dari masa ke semasa. Cuma jangan ler nak harap bulan bintang pulak. Cerita Paksu ni pada aku biasa je, kot? Tak kebaboom macam cerita aku. Hahaha…masuk bakul angkat sendiri. Ok, tak nak buang masa…mari kita sambung cerita asrama kita.
Firasat
Hasni: Rohman (bunyi sebutan ‘man’ lebih kurang macam batman jugak), aku dengar ada budak asrama lelaki kena kacau?
Paksu: Woi, kau nak seru roh aku ke apa?
Hasni: Ala, aku gurau je…eh, jawab ler betul ke idak.
Paksu: Ajernye…pagi2 alam kamu udah ngajak ngumpat ye? Aku pun belum letak beg lagi ni.
Paksu duduk memasukkan beberapa barangan, meneguk air botol minuman sebelum termenung melihat ke luar jendela. Sehinggalah dia dikejutkan dengan kasut melayang di hadapan matanya akibat direjam Hasni.
Paksu tersengih memulangkan kembali kasut Hasni, “alah, aku bergurau je…takkan sampai nak melempor kasut.”
Paksu: Tapi memang ye pun…budak Seman tu kena kacau masa pergi tandas.
Hasni: Eeee…takutnya. Seman budak kelas kita tu?
Paksu: Mana ade Seman lain?
Tiba2 Fir menyampuk dengan meletakkan kedua2 siku yang dilipat di atas meja Hasni, “akulah yang jumpa dia pagi tadi. Dahlah taik berjela panjang, orangnya pulak pengsan. Nak tak nak kenalah aku pergi panggilkan ustaz. Takkan aku pulak nak bersihkan benda dah macam ekor tu?”
“Eiii…apa cakap kotor ni?” Hasni meleserkan belakang tangan pada hidung. Walhal bau tak sampai pun.
Fir atau gelaran penuhnya, Firasat. Sentiasa ada firasat2 yang tak berapa nak berguna. Contoh kejadian, pada hari Sabtu yang indah, cuaca yang sungguh baik…dia boleh cekak pinggang kata, “aku rasa hari ni nak hujanlah. Ni firasat akulah. Baik hangpa pi bagitau budak2 yang lain hari ni toksah nak basuh baju, kasut sekolah. Karang basah, naya sat gi.”
Kemudian dia duk canang satu dorm ke satu dorm yang lain memberitahu firasatnya tadi. Akibatnya budak2 junior langsung tak basuh baju dengan kasut sekolah. Cuaca baik habis macam tu je bila hari dah malam.
“Haih…macam mana firasat aku boleh salah? Biasa tepat mengena...ni aku syak la…mesti ada siapa2 pakat pi baling spenda ataih bumbung asrama. Pasai tu la jadi tak hujan,” katanya membela diri sebaik firasatnya tidak mengena.
Sungguh tidak logik sekali ye kawan2 semua. Siapa je yang boleh lempar spenda ke bumbung asrama? Sudah la bangunan empat tingkat tingginya.
“Takpa…takpa. Esok aku pasti dan yakin firasat aku mengatakan hari cerah. Pasai pa…spenda tu dah campak ataih bumbung, dia nak kait lagu mana? Hahaha…jadi hangpa semua toksah duk kalut la. Basuh ja baju apa semua malam ni, esok hari panas berdenting settle semua masalah,” kata Fir lagi.
Dipendekkan cerita, malam tu hujan punyalah lebat. Budak2 asrama pulak memang sedap tidur sampai tak sedar apa. Hujannya tu pulak berlarutan sepanjang hari dan membawak ke malam. Sudahlah bangun pagi sakit hati tengok pakaian, kasut sekolah basah lencun. Bila ramai2 mengamuk mengadap Fir, tau apa dia cakap?
“Hangpa semua dok kalut marah aku pasai apa? Bukannya salah aku, ni semua kuasa Tuhan. Siapalah aku ini untuk menidakkan ketentuanNya?” demikianlah Fir…minggu yang malang bagi budak2 junior.
Bukan saja pergi sekolah dengan pakaian dan kasut yang masih lembap, malah turut dimarahi pelajar2 senior sebab…errr faham2 jelah kalau dah jadi budak junior kat asrama. Memang kena buli itu ini, melawan je kena. Warden pulak pejam mata, buta mata hati.
*Kembali ke dalam kelas ketika Fir bercerita tentang apa yang dijumpainya pagi tadi…
Paksu menarik Fir menjauhi Hasni, “kau ni…kemendenya pergi cerita benda2 macam tu dekat perempuan? Kalau kau asyik cerita benda2 macam ni, sampai bila pun kita tak merasa ada adik angkat.”
Fir: Aih…kita ni baru form 2, hang kalut sangat pasai apa? Tu Hasni tu…dah la sebaya, satu kelas pulak dengan kita. Melalut apa nak buat jadi adik angkat?
Paksu: Ater…takkan aku nak pergi cari budak form 1 dengan darjah 6 pulak?
Fir: (Peluk bahu Paksu) Cenggini, kita tak payah la dok fikir benda2 macam ni dulu. Kita muda lagi, aku tau angkat mengangkat ni satu benda yang kita kena experience masa sekolah asrama. Tapi…
Tiba2 ada seorang pelajar lelaki kelam kabut berlari dan berhenti di hadapan pintu kelas, “hah…haahh…haahh…Fir, Kak Harlina lalu dekat bawah.”
“Naaaahh…apahal pulak bakal isteri aku buat dekat situ?” soal Fir sebelum berlari keluar mengikut pelajar lelaki tadi.
Paksu termenung melihat kelakuan Fir yang tak serupa bikin. Lalu berkata, “pun-tutttt (censored)”
Suatu petang yang damai…
Fir: Rahman, Hakim…hangpa dua buat apa ni?
Paksu: Apa lagi? Abang Farid kau suruh kitorang kira semua daun kat pokok ni.
Hakim: Entahlah…mati macam ni…
Hakim ataupun gelarannya batman. Di dalam celah lipatan kain bajunya terselit topeng batman lengkap bersama mantel. Aktiviti malamnya pula adalah memanjat bumbung pejalan kaki dan berjalan pada ruang kecil dekat tingkap belakang blok asrama perempuan. Walaupun dah beberapa kali nyaris terkantoi pun masih tak serik2 lagi.
“Ni…aku nak habaq kat hangpa…buat apa lurus sangat pi kira satu2? Dua2 mai ikut aku sat,” kata Fir sebelum membawa Paksu dan Hakim ke stor tukang kebun sekolah.
Apa yang dilakukan mereka bertiga? Mereka meminjam gergaji. Katanya pinjam lah…tapi tak bagitau sesiapa pun masalahnya. Kemudian, satu per satu dahan dipotong dek deme. Tinggalkan satu dahan kecil sahaja yang tak banyak daun. Lalu Paksu dan Hakim memberitahu kepada senior tadi berapakah jumlah daun yang ada.
Farid: Hei, korang jangan buang masa aku…takkan pokok besar tu ada banyak ni je daunnya?
Paksu: Betul…dua, tiga kali kitorang kira tadi.
Farid membawa dua orang kawannya untuk memastikan apa yang dikatakan Paksu dan Hakim, “kalau aku tengok, bukan banyak ni daunnya…siaplah korang. Tidur bawah pokok tu nan…eh?”
Ketiga2 pelajar senior terkejut melihat keadaan pokok. Segala bukti telah pun dilenyapkan oleh Paksu, Fir dan Hakim.
K1 = Kawan 1, K2 = Kawan 2
K1: Macam mana ni, Farid? Aku rasa macam nak balik mintak alasan emergency pun ada ni.
Farid: Boleh lepas ke? Aduh…budak2 junior ni buat hal betul lah!
K2: Aku tak nak ada kat asrama malam ni. Kita fly nak?
Paksu dan Hakim seheran2 melihat kelakuan senior2 mereka. Kelaku mereka saling tak tumpah ketika Seman melastik sarang tebuan berhampiran padang sekolah dua bulan lepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Insiden sarang tebuan
Fir: Hang lastik ja…mengikut firasat aku, sarang ni sebenaqnya kosong. Menyemak mata je dok tergantung lagi kat atas pokok.
Hakim: Mana hang…eh, mana kau tau kosong tak kosong?
Fir: Tsk! Hang ni kalut lah…cuba hang pikiaq, selama ni ada ka sapa2 yang kena sengat dengan tebuan? Habaq mai kat aku sat…satu lagi, pernah ka hang nampak tebuan berterbangan kat sekolah kita?
Hakim: Macam logik.
Fir: Hah, tu lah…lain kali pikiaq guna kepala hotak, you know? Don’t…don’t apa, hah? Aaahhh…jangan dok guna kepala punkoq!
Hakim: Setan…kau cakap aku fikir guna…
Belum sempat Hakim menghabiskan kata2, Seman tidak sengaja terrrr…katanya ter lah. Dia tak nak mengaku tertipu dengan dakyah Fir. Dipendekkan cerita, Seman terlepas getah lastik yang mengandungi sebutir batu. Katanya tangan dia lenguh, katanya lah kan? Tapi sasarannya cantik kemain, sampai jatuh ke bumi sarang tebuan.
“Hah…kan aku dah habaq? Ini Fir lah…firasat aku 190% tepat,” ucap Fir dengan bangga.
Tebuan2 mengambil masa untuk keluar dari sarang, kemudian barulah bertebaran terbang mencari setan budeg yang mana menyerang sarangnya.
“Huih…kemain laju larinya. Kamu idak ke nak bagi budak2 tu try masuk team bola sekolah?” ujar salah seorang pelajar yang sedang bermain bola bersama rakan2nya.
“Tak tahu ler teman…ater, deme tu puasa ke idak? Cergas semacam je?” tanya kawannya.
“Hoh, Shisho perginya!” kata seorang lagi.
Begitulah juga ketika tiga ekor hantu itu berlari di sebelah padang ragbi, masing2 kagum melihat kepantasan mereka berlari. Seperti mahu menyelamatkan nyawa dari sesuatu. Sehinggalah mereka melihat pemain2 bola juga sedang berlari pantas seperti tiga ekor hantu tadi. Apa yang menjadi persoalannya, apa dikobak bulan puasa main bola dengan ragbi? Idak ke penat?
“Tebuan! Tebuan!” jerit salah seorang pemain bola.
A: Apa dia cakap?
B: Berbuka malam ni lauk ikan jaket lagi.
A: Ooo…makan megi ler kita jawabnya.
B: Naik muak aku…berbuka tengah hari tadi dah melantak megi. Lepas tu nak makan megi lagi?
C: Woi, dia cakap tebuanlah!
A: Ooohh, tebuan…
B: Tebuan?
Giliran pasukan ragbi pula berlari bertempiaran. Begitu ramai sekali mangsa, tidak terhad kepada mereka yang berada di padang sahaja. Malah melarat sehingga ke dalam asrama. Tidak mengira asrama lelaki atau perempuan, semua turut diserang. Sehinggakan berlaku emergency terpaksa memanggil pembantu kesihatan bagi membuat rawatan kepada pelajar2.
Mujur tiada yang terkorban, tetapi hampir kesemua pelajar mempunyai kesan sengat. Tetapi Fir, Seman, Hakim dan Paksu merupakan di antara
pelajar yang tidak disengat. Mereka dipanggil untuk menghadap pelajar2 senior pada keesokan malamnya.
Senior A: Kenapa kau pergi lastik sarang tebuan tu, setan? Tak tahu ke orang puasa? Habis batal puasa semua orang dibuat dek kamu
berempat, tau!
Paksu: Tapi…tapi…semalam saya kena denda basuh kolah.
Senior A: Ah, tak kira! Salah tetap salah! Pasei kamu semua lah mata aku sebelah ni bengkak. Terus kena reject dengan bakal adik angkat aku! Macam lah dia perfect sangat! Hidung dia pun bengkak kena sengat!
Seman: Tapi idak ke dia reject sebab abang curang dengan kakak dia?
Senior A: Ooo…nak bergosip? Dah porak perandakan satu sekolah, ada hati nak bergosip. Ni bulan puasa tau!
Seman: Bukan gosip, bang. Kenyataan!
Seman teringat kembali sesuatu yang dilihatnya secara tidak sengaja…
Senior A: Ah, sudah! Jangan nak flashback2. Cerita kali ni bajet ciput, nanti cerita yang lain tak boleh jalan!
Fir: Ni lah…mengikut firasat saya…
Kesemua senior: Pergi jahanam kau punya firasat!
*Kembali ke peristiwa pokok tua dahan nan sebatang
Ke ke ke ke ke ke ke… (Korang bayang sendiri bunyinya)
Malam itu satu sekolah tidak dapat melelapkan mata kerana kehadiran entiti ibarat ingin bertanya siapakah yang telah menjahanamkan pokok
tua biasa menjadi port melepaknya.
Mahu tak mahu, Ustaz Firdaus terpaksa tampil bersemuka dengan makhluk tersebut, “awak ni sebenarnya udah meluk bantal tadi. Tak pasei2
kena patah balik ke sekolah disebabkan mike.”
Makhluk itu menunjukkan ke arah pokok yang telah gondol dan hanya tinggal sedahan ranting sahaja.
“Ater nak buat cemane? Kamu pergi la tempat lain pulak. Takkan nak melepak sini juga? Ajernye biut…” pujuk Ustaz Firdaus.
“Janji…harus…ditunaikan…” makhluk tersebut sebelum pudar dan seterusnya hilang dari pandangan mata.
Di suatu tempat yang lain…
RA – Rakan asrama
Fir: Aku rasa…aku macam nak terkucil lah.
Paksu: Simpan jelah hajat kau tu. Tahan sampai esok.
Fir: Hang gila? Dibuatnya aku kena batu karang, macam mana?
Seman: Aku pun rasa nak ke tandas.
Hakim: Aku pun sama…
RA 1: Aku pun nak pergi jugak
RA 2: Nak ikut…
Seorang demi seorang menyatakan keinginan mereka ingin ke tandas.Penyudahnya Paksu pula yang tinggal seorang diri di dalam bilik asrama.
“Eh, tak boleh jadi ni. Lain macam ngeri sorang2 dalam bilik. Buatnya dikokaknya tengkuk aku karang…apah tak hei. Takde nak buang apa pun ikut jelah…” kata Paksu menyarung selipar mengikut di belakang.
Sebaik tiba di tandas…
Fir: Naahh…punyalah ramai umat yang tengah dok beratoq. Ni nak ke tandas ke nak beli karipap Munah Janda?
Paksu: Awei benor kamu belajor ke kedai janda, Fir.
Seman: Hah…ngikut juga?
Fir: Biasa lah tu…dia kecut dok sorang2 dalam bilik.
Paksu: (dalam hati: nak marah, tapi kena sabar...rasa nak marah, tapi kena sabar...)
Hakim: Takde gayanya kalau gini. Kita pergi tandas lain nak tak?
Fir: Tandas celah mana?
Paksu: Kau jangan main gila bawak pergi tandas senior. Berlubang perut kita kena tumbuk karang.
Hakim: Idak…ni bukan tandas senior. Kome ikut je ler, nak kencing pun kemain payah.
Ah Seng: Tandas mana? Saya ikut boleh ke?
Hakim: Err…ikut jelah.
Biarpun tak berkaitan, Paksu mengikut juga budak bertiga tu yang dikepalai Hakim. Mungkin sebab memang nak ke tandas sangat, sampai mereka bertiga terlupa apa kerja Hakim tu hampir setiap malam.
Di dalam kepalanya cuma ada satu persoalan yang besar, “apa dikobak anak cina ni nak ngikut sama?”
Ah Seng bukanlah orang lain, rakan sekelas mereka juga. Tetapi adakalanya dia merasakan Ah Seng ni selalu terjebak di dalam aktiviti tidak bermoral Fir, Hakim dan Seman. Sudah banyak kali terkena pun masih mahu mengikut sama, macam tak belajar sesuatu. Begitulah maksud fikiran Paksu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Fir: Lain macam sungguh jalan Hang bawak nak ke tandas. Tandas apa panjat bumbung, masuk bawah pagaq…
Hakim: Tu…kan aku dah cakap?
Fir: Naaah…tau2 dah sampai, celah mana tandas takdak orang? Tandas lain semua beratoq.
Seman: Dah ada tu guna jelah.
Ah Seng: Saya pun sudah tak tahan ni…saya masuk dalam dululah.
Meluru sahaja Ah Seng masuk ke dalam tandas tanpa mengira tandas tersebut gelap dan tidak ada orang.
“Bukan main laju lagi…meluru. Ni Seman, hang try cuit suis tu sat. Awat gelap semacam tandas ni,” ujar Fir.
Tak! Tak!
Seman: Tak mau menyala lah pulak!
Fir: Hah, sudah…apa pun tak nampak ni.
Hakim: Nah…aku ada bawak torchlight.
Fir: Cengginilah…hang ni memang A.
Selesai sahaja urusan di dalam tandas, kedengaran Fir bertanya, “awat aku rasa macam ada benda tak kena kat tandas ni?”
Lantas Seman mencelah, “tak kena apa pulak? Kau jangan macam2…malam ni malam jumaat.”
“Korok hang malam jumaat. Ni malam ahad!” marah Fir.
“Tulah…aku pun rasa ada benda yang lain kat tandas ni. Kenapa ada tong sampah?” tanya Paksu.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, tandas sekolah lelaki sememangnya tidak mempunyai tong sampah. Budak2 lelaki sememangnya lepas basuh tangan lap kat seluar atau dinding sekolah. Jadi mereka sememangnya tidak memerlukan tong sampah untuk membuang tisu sepertimana tandas perempuan. Dah ada tong sampah pun tersumbat jugak lagi mangkuk tandas. Cikgu yang cakap, bukan aku yang cakap.
“Hah…tu lah. Aku dah rasa dah awai2 tadi. Firasat aku kuat mengatakan tandas ni lain macam. Cuba tengok, mana tempat kencing berdiri?” ujar Fir pula.
Serentak mereka memandang ke arah Hakim, “setan, kau/hang bawak kami ke tandas perempuan?!”
Hakim hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Haiya…ini tandas asrama perempuan ka? Patutlah itu amoi banyak diam bila saya tegur,” ucap Ah Seng sambil membasuh tangan di sinki.
Kata-katanya membuatkan mereka berempat memandang tepat ke arah Ah Seng dengan penuh hairan.
Fir bertanya, “ni…amoi mana yang hang dok kata ni?”
Ah Seng menunjuk ke arah bilik tandas, “itu tandas hujung. Saya mau masuk tengok ada amoi…lepas minta maaf, saya guna tandas sebelah.”
Lalu dia terfikir, “haiya, patut awal-awal sudah fikir. Tak mungkin pula ada amoi dalam tandas lelaki…pasti kita sudah salah masuk tandas.”
Fir menolak belakang Seman, “hang pi check sat.”
“Gila! Kalau bukan amoi macam mana?” soal Seman.
“Mengikut firasat aku, tu memang betui perempuan. Hangpa pernah dengaq tak sleepwalking?” Fir membuka hujah.
“Tidur berjalan?” tanya Paksu.
“Hah…aku rasa…” belum sempat Fir menghabiskan kata2, Hakim terlebih dahulu berjalan ke depan.
“Amboi…kemain laju lagi hang melangkah, na? Aku belum sempat cakap habis,” tegur Fir mencekak pinggang.
Ah Seng menarik baju Fir bertanya, “tapi…saya ada fikir juga. Kalau itu amoi sebenarnya hantu macam mana?”
Fir membuat muka, “apa susah? Hang bacalah apa2 yang patut.”
Lalu ketiga2 setan itu tertawa berdekah-dekah saling tak tumpah macam kongkang tatkala Ah Seng terdiam seribu bahasa memikirkan
dimanakah lawaknya. Manakala Paksu pula menggelengkan kepala. Dia mula mempersoalkan pertimbangannya di dalam memilih kawan.
“Dah…dah…hangpa jangan bising. Satgi dia lari pulak,” kata Fir berjalan perlahan-lahan bersama Hakim dan Seman di sebelahnya.
Paksu bertanya di dalam hati, “nak lari ikut celah mana? Dah kita semua block jalan keluar? Takkan dia nak merangkak atas siling pulak? Eh, yang tu seram pulak aku...”
Melihat gelagat Seman, Paksu berkata lagi di dalam hati, “kau ni Seman…time ni laju kemain. Kalau
bab kerja sekolah, lumba lari atau pergi tandas sorang2 di tengah malam, kemain lembab lagi.”
Bismillah…bismillah…bismillah…
Fir, Hakim dan Seman serentak menoleh ke belakang, iaitu suara yang membaca bismillah tidak putus2 dari tadi. Kemudian Fir menegur, “awat hang dok baca bismillah dari tadi? Bilik ni kosong takda pa pun?”
Ah Seng menjawab, “bismillah…bilik tu memanglah kosong. Tapi saya nampak sesuatu di bilik tandas nombor tiga…”
Serentak Paksu menghentikan langkah, darahnya mula berderau tidak tentu arah. Hatinya pula berkata, “no it isn’t…”
Itu sahaja perkataan penolakan di dalam bahasa inggeris yang diketahuinya. Perlahan-lahan kakinya mula berundur ke belakang sambil mendengar Fir membebel, “ooo…dah pindah ke sini ka? Hang pun tak habaq awai2, tak pasai kami berdebaq dok intai tandas
kosong.”
Sambil berjalan ke tandas yang dikatakan, mulut Fir sempat lagi membebel, “apa anak cina baca bismillah…itulah, orang suruh pi kelas pendidikan moral, hang gatai pi ponteng dengaq kelas pendidikan Islam.”
Jantung ketiga-tiga setan itu bagaikan berhenti seketika sebaik melihat kelibat wanita berada di dalam keadaan terbalik dengan lidahnya panjang berjela sedang menjilat mangkuk tandas. Di telinga mereka pula hanya kedengaran suara Ah Seng membaca bismillah dengan lebih kuat serta berulang2 kali.
Fir mengeluh panjang lalu berkata, “ka ni na…ni amoi kepala hotak hang!”
Serentak mereka berlima berlari meninggalkan tandas perempuan sebelum terkejut melihat lembaga melintas dan mengilai di hadapan mereka, “ke ke ke ke ke ke...!”
“Depan ni tak boleh, kita konar sana,” kata Fir sebelum mendengar jeritan nyaring pelajar perempuan melihat kelibat lima budak lelaki di dalam perkarangan asrama mereka.
“Pulak dah! Tak mana nak lari. Sini menjerit, sana ketawa terkekek2,” rungut Fir menarik kawan-kawannya berlari ke tempat lain pula.
“Eh, Hakim...kau depan! Harapkan Fir ni mampus kita kena tangkap nanti. Dia bukan tau selok belok asrama pompuan ni,” cadang Paksu berdebar-debar.
“Ha’ah…ya tak ya juga,” ucap Hakim yang baru teringat dia selalu menjadi batman bagi melakukan kerja2 skodeng di asrama perempuan. Ketakutan telah membuatkan dia terlupa akan asal usulnya. Sekali lagi mereka mengikut Hakim memasuki bawah pagar dan memanjat bumbung sebelum menjejakkan kaki dengan selamat di dalam kawasan asrama lelaki.
Huh hah…huh hahh…
Hanya kedengaran suara tercungap2 mengambil nafas setelah berlari ke hulu ke hilir untuk menyelamatkan diri. Cukup sekadar berada di dalam pagar asrama, mereka merasakan diri mereka sudah pun selamat.
Bismillah…bismillah…bismillah…
“Ni hang dok baca bismillah buatpa lagi? Penat tau dak?” tanya Fir terbatuk2 mengambil nafas.
Jari Ah Seng menunjukkan sesuatu di atas kepalanya, perlahan2 Fir mendongakkan kepala melihat ke dalam kain wanita yang sedang berterbangan di atas kepalanya.
I see trees of green
Red roses too
I see them bloom
For me and you
And I think to myself
What a wonderful world…
Yes, I think to myself
What a wonderful…world
Ooh, yes…
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha terbaik ceritanya. Berdekah bacanya. Dapat bayang setiap detik cerita. Kalau buat filem memang dah setaraf cerita hantu nang nak thailand kelakarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi teringat la rumah Opah keme kat Kuale nuun, mati idop balik pun tak kesior la nak tido sorg2 mcm ni haha TT ni berani beno
|
|
|
|
|
|
|
|
Fuuuhhh bestnyee baca specially psl Pak Tahir & Pak Mud. TT mesti byk experience gn PT & PM kan tp taktahu nk cerita mcm mana nnt org tahu kobolehan tt.. kan…kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|