|
Tak tahulah Murai Batu nak cakap apa pasal suami seorang penyanyi kesayangan ramai ni. Boleh kata, hampir setiap kali jumpa di mana-mana majlis keramaian, dia asyik nak buat muka kekwat tak tentu pasal.
Keadaan itu terjadi lagi pada majlis perkahwinan Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif, di Dewan Matrade, Sabtu lalu.
Memandangkan si isterinya itu wajahnya agak tenggelam timbul di khalayak ramai sejak kebelakangan ini, tentulah ramai peminat serta jurugambar mahu merakamkan wajah penyanyi itu sebagai kenangan.
Macam biasa, penyanyi itu sentiasa ramah mesra dengan siapa-siapa yang menyapanya. Dia memang tidak lekang dengan senyuman tapi yang Murai Batu tak tahan tengok tu... suaminya.
Wajahnya yang pada mulanya tenang terus bertukar jadi masam dan bengis macam terkena angin pasang apabila orang ramai mula memberikan tumpuan kepada isterinya itu. Agaknya dia rimas kott.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|