View: 2843|Reply: 9
|
Tak Sampai Hati, Lelaki Pulangkan Duit Curi Setelah Lihat Baki Akaun Mangsa
[Copy link]
|
|
Setiap orang nasibnya tidak sama. Ada orang dilahirkan dengan penuh kesenangan hidup, ada pula yang terpaksa merempat dan meminta sedekah demi meneruskan kehidupan.
Di negara China, jumlah penduduk terlalu padat sehinggakan ramai yang menghadapi masalah kemiskinan sehingga terpaksa mencuri. Baru-baru ini, seorang lelaki dilaporkan telah mencuri wang dari seorang wanita, namun memulangkannya kembali.
Hal ini bermula apabila mangsa itu dikatakan sedang membuat pengeluaran wang dari mesin ATM di Heyuan, Guangdong, apabila pencuri itu tiba-tiba menghunus sebilah pisau dari belakang.
Kredit foto: nextshark
Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, wanita itu cepat-cepat menghulurkan wang sebanyak 2500 yuan, bersamaan RM1523 yang baru sahaja dikeluarkan melalui mesin ATM tersebut.
Kredit foto: nextshark
Namun, pencuri itu seolah-olah tidak puas hati dan mengugut untuk mendapat lebih banyak wang. Ketika itulah, dia memaksa wanita itu menunjukkan baki akaun.
Kredit foto: nextshark
Tetapi, apabila pencuri itu melihat baki akaun wanita berkenaan yang berjumlah 0 pada paparan skrin, dia berasa simpati lalu memulangkan kembali wang yang dicurinya.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan lelaki itu sempat tersenyum sebelum pergi meninggalkan mangsa. Rata-rata orang ramai kagum dengan sikap lelaki tersebut yang masih mempunyai nilai kemanusiaan.
Kredit foto: nextshark
Persoalannya adakah benar wanita itu sudah kehabisan wang atau sebenarnya disimpan di dalam bank yang lain? Walau bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan dan tetap didakwa atas kesalahan mencuri! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
boleh ek dlm bank tgal baki 0? |
|
|
|
|
|
|
|
kt china..apa yang x boleh...
hahahhaa
|
|
|
|
|
|
|
|
![](static/image/common/ico_lz.png)
Author |
Post time 13-3-2019 05:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
chinta89 replied at 13-3-2019 04:04 PM
boleh ek dlm bank tgal baki 0?
boleh. bank malaysia je tk boleh. hampeh |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya bank kat mesia ni nk kena tgal brpe Rm sekurang2nya?
|
|
|
|
|
|
|
|
semua boleh! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
masih ada belas kasihan, bagus perompak tu |
|
|
|
|
|
|
|
chinta89: sbnrnya bank kat mesia ni nk kena tgal brpe Rm sekurang2nya?
klau bsn rm10 {:thief
|
|
|
|
|
|
|
|
faith in humanity restored![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|