Walaupun sudah beberapa hari anak angkatnya diserahkan kembali kepada ibu kandungnya, bayang Qayyum pasti tidak akan luput dari pandangan pasangan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid.
Bagaimanapun, Shahida mendedahkan dia menerima beberapa pesanan peribadi menerusi Instagram yang kononnya mahu menyerahkan anak angkat kepadanya.
Namun, Shahida mengakui dirinya enggan menerima anak angkat buat masa ini kerana serik dipergunakan pihak yang mengambil kesempatan di atas niat murni mereka sekeluarga.
Di hujung postingnya, Shahida menegaskan kepada ibu bapa supaya tidak menyerahkan anak kepada orang lain kerana tidak mahu perkara sama berulang.
Ramai netizen bersetuju dengan tindakan tegas Shahida dan dalam masa sama mempertikaikan pihak yang tanpa segan silu menawarkan anak kepada Shahida untuk dijaga.
Kredit foto: IG Datin Shahida
Sementara itu, segelintir pihak menasihati Shahida sekiranya di masa akan datang dia ingin mengambil anak angkat, asuhlah anak yatim yang lebih memerlukan kasih sayang ibu bapa. Betul juga, kan? - CARI |