View: 2142|Reply: 11
|
Bikin polis keliru, ‘lelaki paling cantik’ terpaksa tunjuk MyKad sebelum masuk s
[Copy link]
|
|
alahaiii ...
![](https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/12/13/13/52/abdussalam%20main.ashx?w=830&h=553&crop=1)
Kiri adalah gambar Abdussalam Firdaus ketika menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki dan tular di Twitter.
PETALING JAYA: Hanya kerana memiliki wajah 'cantik', seorang pemuda dicadangkan supaya menyimpan misai dan janggut untuk mengelakkan orang ramai keliru dengan jantinanya.
"Saya cadangkan simpan sedikit misai dan janggut supaya iman jejaka terjaga," komen @ashrieruslan kepada pemuda tersebut.
Namun, cadangan itu disambut dengan jawapan lucu oleh Abdussalam Firdaus Abdul Aziz, yang berkata dia sudah cuba melakukannya, namun misai dan janggutnya tumbuh seperti ikan keli.
Anak bongsu daripada tujuh beradik itu berkongsi gambar swafotonya di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kapsyen "bangsa final" ketika menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.
Bangsa final merujuk kepada gelaran ke atas mereka yang hadir memberi sokongan terhadap skuad kebangsaan ketika perlawanan penting itu berlangsung, Selasa lalu.
![](https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/13/~/media/2ea4775768c9484da28cff3e62ed7788.ashx?la=en)
Paparan skrin posting bergambar yang dimuat naik oleh Abdussalam Firdaus dan meraih perhatian di Twitter
Gambar tersebut kemudian diulang kicau dengan komen "lelaki paling cantik" oleh seorang pelayar Twitter @brgsjks sehingga menerima lebih 3,800 tanda suka.
Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, dia sudah lali dengan tanggapan orang luar yang menyangka dia seorang perempuan kerana memiliki wajah feminin.
"Semasa saya nak masuk stadium tu pun, polis tak percaya saya lelaki dan meminta saya tunjukkan kad pengenalan.
"Saya perlu buktikan jantina kerana polis lelaki perlu lakukan pemeriksaan tubuh ke atas penyokong lelaki bagi tujuan keselamatan dan polis wanita pula akan memeriksa penyokong wanita," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Tambah pelajar tahun dua ijazah sarjana muda perniagaan dari Universiti Kuala Lumpur itu, dia pernah menggayakan rambut pendek sebelum ini, namun ada pula orang yang memanggilnya 'pengkid'.
![](https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2018/12/13/~/media/32142910cf4f45209bb3f24e382daa8d.ashx?la=en)
Abdussalam Firdaus ketika menggayakan rambut pendek (kanan). - Instagram @amlegend77
Bagaimanapun, anak muda yang berasal dari Sepang itu tidak pernah mengambil hati dengan gelaran yang diberikan dan tetap bersyukur dengan wajah yang dikurniakan kepadanya.
Selain wajahnya yang menjadi perhatian, jersi pasukan yang dipakai Abdussalam Firdaus ketika menghadiri perlawanan tersebut turut menimbulkan persoalan netizen.
"Saya sebenarnya tak rancang pun nak tengok final tetapi kebetulan kawan saya ada tiket lebih dan ajak saya ke sana.
"Masa itu pula saya baru habis kelas, jadi saya terus pakai baju itu (jersi Argentina) ke stadium," jelasnya yang amat meminati pelakon Tiz Zaqyah.
Tidak menolak adanya kaum Adam yang menaruh hati terhadapnya, Abdussalam Firdaus menegaskan, sebagai lelaki sejati dia hanya ingin menjalin hubungan dengan golongan wanita.
|
|
|
|
|
|
|
|
pakai jambang, mesti org tak keliru.
tp siyes ko ayu ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mata i nampak biasa biasa je..
buat rambut stylo nampak la gagah sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia da kata kalau simpan janggut or misai tumbuh macam janggut ikan keli... baahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar baju putih atas mcm dekmanno
gambar baju putih bawah mcm si Zain laki cheta kertu |
|
|
|
|
|
|
|
untung untung lepas ni kena kejar produser..
dapat la jadi retis ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Ni konpem kopipes muka mak. Lembut je air muka dia ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sajat mesti jeles dgn hang ,![](static/image/smiley/default/lol.gif)
dia abis ribu2 nak nampak gojes, sedangkan budak nih natural jer da nmpak lembut
da mcm muka zain che ta plak aku tgk |
|
|
|
|
|
|
|
hensem lah heols. ayunye air muka dia. lembut hati iols jer tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sis |
|
|
|
|
|
|
| |
|