CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1377|Reply: 7

“Tak guna minta maaf, dia tak akan kembali,” - bapa tiga anak dikecam kerana jar

[Copy link]
Post time 14-12-2018 09:36 AM | Show all posts |Read mode

(Gambar kiri) Isteri Khairul, Allahyarham Marleena yang dijemput Ilahi akibat jangkitan kuman. (Gambar kanan) Dua daripada tiga anak Khairul menziarahi pusara ibu mereka.

PETALING JAYA: Benar, hidup perlu diteruskan apabila kehilangan insan tersayang, tambahan pula tiga zuriat masih kecil dengan yang bongsu belum pun cukup setahun usianya apabila bergelar anak yatim.
Namun, hanya kerana meluahkan perasaan rindu yang menebal terhadap arwah isteri yang dijemput Ilahi pada Ogos lalu, seorang bapa tiga anak dikecam kerana terlalu beremosi.
Menerusi postingnya yang tular di laman sosial Facebook pada Selasa, Khairul Abdullah memohon maaf kerana semasa hayat isterinya, ungkapan sayang jarang diluahkan.

“Maafkan I (saya) kerana semasa hidup I jarang cakap yang I sayang dan rindu you (kamu). I mengharapkan you faham melalui perbuatan sahaja sememangnya tak memadai. Sepatutnya I lebih banyak luahkan perasaan kasih dan sayang I pada you melalui ucapan dan kata-kata. Tetapi tidak, I simpan semua, hanya sesekali bila terasa.
“Namun sekarang ni dah terlewat. Bagai hendak meletup dada ini yang (panggilan sayang). Banyak sangat perasaan kasih sayang dan rindu yang nak I ucapkan pada you. Berjuta kali pun I sanggup yang, I sanggup,” katanya dengan harapan rintihannya itu didengari, dan memohon doa kepada Yang Esa agar rasa cinta itu sampai kepada arwah isterinya.
“Ya Allah, kau sampaikanlah rasa cinta, kasih dan rindu ini pada isteri ku. Kau ampunilah segala dosa dan tempatkanlah dia di dalam syurgaMu. Ya Allah, sesungguhnya aku sangat-sangat merindui dia. Kau redakanlah kerinduanku dan kau lapangkanlah dadaku,” katanya yang menyifatkan perkongsiannya itu sebagai diari seorang ‘superdaddy’.



Anak sulung Khairul, Khaleef yang berusia empat tahun.


Disebabkan luahan itu juga, terdapat netizen yang mengherdiknya dengan menyifatkan tiada guna dikesali di atas orang yang sudah dijemput Ilahi.
“Tak guna dah nak minta maaf. Dia tak akan kembali lagi untuk kau ucap kata-kata tu dekat (arwah) isteri engkau. Itu antara komen yang boleh dibaca apabila posting saya dua hari lalu menjadi tular. Sejujurnya saya okay saja. Namun, kalau mula-mula dulu saya sentap juga. Alah bisa tegal biasa.
“Saya tak kisah kerana apa yang saya tulis adalah perkongsian isi hati saya berdasarkan cerita dan pengalaman saya buat mereka yang membaca. Orang tak rasa apa yang saya rasa... apa itu kehilangan. Jadi, luahan ini adalah perkongsian isi hati saya untuk mereka menjadikannya sebagai iktibar,” katanya yang juga penulis buku ketika dihubungi.


Anugerah... (dari kiri) Khaleef, Khaleed (setahun) dan Khaleel (tiga tahun)


Menurut Khairul, dia bukan menulis cerita kontroversi dan jarang sekali mengulas mengenai isu semasa, tetapi tidak pasti apakah silapnya, ada saja yang tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakannya.
“Ada yang menghentam di komen dan ada yang menghentam menerusi mesej secara langsung. Saya tenang-tenang sahaja,” katanya yang mempunyai tiga anak lelaki, masing-masing berusia empat, tiga dan setahun.
Bapa tunggal yang menetap di Shah Alam ini menjelaskan bahawa perkongsiannya itu adalah pilihannya sendiri selain mahu memberi inspirasi kepada mereka yang membaca.
“Jika ada yang rasa ia bermanfaat maka saya bersyukur, jika tidak maka saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya sambil menambah arwah isterinya, Allahyarham Mareena Abdul Manaf meninggal dunia akibat jangkitan kuman menyebabkan kegagalan organ dalaman.



Namun dirinya mengakui manusia sering lebih menghargai sesuatu yang telah tiada, sama ada kehilangan atau diambil.
Jika ia berlaku, Khairul memberitahu, sudah terlewat ketika itu kerana masa tidak akan berputar kembali, akhirnya hanya mampu menangis dan merindui.
“Kerinduan pula adalah suatu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan. Setiap kali ia datang, hati terasa bagai dirobek-robek dan tinggallah ruang-ruang kosong yang tak bisa diisi dan dipenuhi,” katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2018 10:04 AM | Show all posts
kecik2 lg anak2nye.. kenpa isteri nya meninggal ya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 10:04 AM | Show all posts
kalau tak doa di fesbuk, doa tak sampai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:09 PM | Show all posts
Risau plak bebudak ni dpt mak tiri..kecik2 lagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 14-12-2018 10:04 AM
kecik2 lg anak2nye.. kenpa isteri nya meninggal ya?

Tak habis baca ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 01:34 PM | Show all posts
Apa masalah korang, biarlah dia nak melepaskan perasaan.  Dia kan penulis biarkan dia tulis.
Macam tak biasa pulak baca luahan hati di SOCMED.

Kepada arwah isteri bukan bini orang atau luahan cinta BBNU.....

Semoga Marleena di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Kepada Khairul semoga tabah membesarkan anak-anak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2018 02:49 PM | Show all posts
sedihnya baca. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2018 03:15 PM | Show all posts

owh..heheh

Allahyarham Mareena Abdul Manaf meninggal dunia akibat jangkitan kuman menyebabkan kegagalan organ dalaman.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.086442 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list