CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 4

Apa kata anda--> Tukar nama, warna bas sekolah

[Copy link]
Post time 11-12-2018 03:06 PM | Show all posts |Read mode

        TANAH MERAH - Sektor bas sekolah perlu melakukan pembaharuan agar kekal relevan sekali gus mampu memberi persaingan kepada pengusaha pengangkutan awam lain.
        Timbalan Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Kelantan, Izani Zakaria berkata pihak kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan perlu membuat pembaharuan atau penjenamaan semula terhadap perkhidmatan tersebut kerana ia dilihat sudah ketinggalan zaman.
        "Pada peringkat awal, setidak-tidaknya menukar nama bas sekolah kepada ‘Bas Pelajar’ selain menukar warna kuning kepada warna yang lebih menarik.
        "Sudah tiba masanya kerajaan melakukan perubahan terhadap sektor ini kerana kita sudah melangkah ke negara maju dan moden namun bas sekolah masih di takuk lama," katanya di sini, hari ini.
        Izani berkata, di Kelantan sebanyak 110 syarikat pengusaha bas sekolah yang berdaftar rata-ratanya mahukan satu perubahan untuk berdepan cabaran dalam sektor pengangkutan awam ketika ini.
        "Pembaharuan ini juga penting kerana ia boleh menarik minat pihak sekolah untuk menggunakan perkhidmatan kami bagi mengadakan aktiviti sekolah sama ada di dalam ataupun di luar negeri.
        "Apabila melihat warna kuning, mereka terus berdiam dan tidak berminat dengan perkhidmatan kami. Pihak sekolah lebih berminat untuk mendapatkan pengusaha lain," katanya.
        Beliau berkata, pembaharuan itu juga penting kepada pengusaha bagi menambah pendapatan terutamanya  pada musim cuti sekolah hujung tahun.
        "Sekiranya ada permintaan dari pihak sekolah, sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan kami di samping hasil sewaan daripada masyarakat.
        "Kami tidak boleh hanya bergantung kepada pelajar semata-mata kerana saingan pengangkutan awam sekarang semakin hebat," katanya.- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekalkan.. legend
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 06:18 PM | Show all posts
ni modal nak naikkan tambang la ni.. kengkonon tukar nama la, tukar kaler laa
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 10:22 PM | Show all posts

bas warna warni baru la ceria

sekarang pinang warna tua
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 10:45 AM | Show all posts
Warna tu dah dikenali diseluruh dunia sebagai warna bas sekolah.  Kos pengusaha pun pasti bertambah kalau semua bus kena dicat dengan warna lain.  Mungkin cara terbaik buat permit khas tambahan selain permit bus sekolah buat pengusaha yang nak buat khidmat transport dihujung minggu atau waktu cuti sekolah.  Mungkin diletakan logo tertentu bagi membezakan mereka yang hanya buat khidmat bas sekolah dan yang ada sediakan khidmat transport juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.084645 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list