CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 3

Pendaftaran pelajar Pondok Tok Guru Nik Aziz dipertikai

[Copy link]
Post time 11-12-2018 01:40 PM | Show all posts |Read mode


gambar hiasan

        KOTA BHARU - Urusan pendaftaran pelajar baharu Mahaad Darul Anuar (Mada) yang dibuat tanpa izin pihaknya dianggap sebagai  pencerobohan  bertentangan dengan syarak dan moral.
        Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, sebagai pewaris wasiat, lembaga pengarah akan mempertahankan hak pemegang amanah ke atas Mada sebagai legasi pendidikan arwah bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
        “Amat dikesali apabila ada pihak tidak bertanggung jawab telah menguruskan pendaftaran terbuka pelajar baharu di dalam kawasan Darul Anuar tanpa izin lembaga pengarah.
        “Lembaga pengarah akan terus beroperasi dan mengendalikan pendaftaran pelajar baharu bagi sesi 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
        Mengulas lanjut perkara itu, Nik Omar juga Pengetua Mada berkata, setakat hari ini lembaga pengarah berpandangan bahawa pihaknya mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap Mada.
        “Sekiranya terdapat mana-mana pihak berpandangan sebaliknya, dinasihatkan merujuk perkara ini kepada pihak berautoriti dan jika masih tidak berpuashati dengan dapatan diperolehi, pihak tersebut dinasihatkan merujuk perkara ini kepada mahkamah di dalam menentukan  pemilikannya,” katanya.
        Kemelut pengurusan Mada mula hebah pada awal Oktober lalu berikutan tular surat yang mengatakan intitusi dikendalikan anak kedua arwah Nik Abdul Aziz itu bakal diambil alih Yayasan Islam Kelantan (YIK), Januari ini.
        Bagaimanapun isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila ia turut disahkan Keluarga Besar Nikmattillah yang kemudiannya dinafikan Nik Omar dengan mempertahankan beliau sebagai pemegang amanah arwah bapanya menguruskan Mada.
        Baru-baru ini juga dimaklumkan YIK sudah melantik pengetua baharu bagi menguruskan Mada yang ditubuhkan Tok Ku Nik Mat Alim, ayahanda kepada arwah Nik Aziz pada 1963 setelah kepulangannya dari luar negara.
        Terbaharu, semalam Keluarga Besar Nikmatillah membuat pendaftaran terbuka pelajar baharu biarpun pihak Mada mengeluarkan kenyataan tidak mengiktiraf perkara itu.
       


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2018 11:15 PM | Show all posts
ini tak lain tk bukan dendam politik tak habis2.nik omar ni mmg terbuang langsung ke dari keluarga?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2018 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
teruknya. psl politik jadi cmni..
memalukan la..keluarga tu smua oku ka tkle ckp ,jupe ngn nik omar?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ngape la ahli kuarge buat gini
sume ni sbb politik tak sehaluan aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052645 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list