View: 1515|Reply: 2
|
Budak 8 tahun merangkak 3km sehari demi hadir ke sekolah
[Copy link]
|
|
Ya Allah engkau permudahkan lah buat adik ini
![](https://www.mstar.com.my/~/media/upload/2018/12/09/16/24/71318506470989imagea711544181588072.ashx?w=830&h=553&crop=1)
Mukhlis Abdul Kholik merangkak sejauh tiga kilometer sehari untuk ke sekolah.
SEORANG budak kelainan upaya meraih pujian selepas video yang menunjukkan dia merangkak sejauh tiga kilometer (km) sehari untuk ke sekolah tular di internet.
Mukhlis Abdul Kholik yang berusia lapan tahun dan dikenali sebagai Abdul itu tinggal di kawasan kampung di Sukabumi di Jawa Barat Indonesia.
Dia dilahirkan dengan kecacatan fizikal yang memaksanya menggunakan tangan untuk membantunya berjalan.
Keadaan itu berpunca daripada kedua-dua kakinya yang tidak sempurna.
Abdul terpaksa merangkak setiap hari untuk ke sekolah kerana tiada perkhidmatan bas sekolah beroperasi di kampungnya.
![](https://www.mstar.com.my/global/dunia/2018/12/09/~/media/3584fd5eff2440d3882063433774eb53.ashx?la=en)
Rakaman itu menunjukkan budak lelaki tersebut memakai kasut di kakinya dan selipar pula di bahagian tangan.
Dia turut ditemani seorang rakan sekolah dan seorang wanita.
Guru-gurunya berkata, Abdul merupakan pelajar yang sangat bermotivaisi tinggi dan rajin belajar kerana ingin bersaing dengan rakan-rakan lain.
Pengetua sekolah, Epi Mulyadi berkata: "Dia sangat aktif setiap hari, walaupun pergerakan terbatas secara fizikal."
Salah satu impian Abdul adalah bertemu dengan Presiden Joko Widodo yang dikenali sebagai Jokowi, dan impiannya itu akhirnya menjadi kenyataan pada Hari Kebangsaan Orang Kurang Upaya yang berlangsung pada 3 Disember lalu. - Daily Mail
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga jadi manusia berguna untuk masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan dik |
|
|
|
|
|
|
| |
|