CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1118|Reply: 2

Semakin teruk jadiknye!! --> Pornografi umpama ‘dadah baharu’?

[Copy link]
Post time 7-12-2018 09:08 AM | Show all posts |Read mode
Mr. Gobind.. pls put a stop to all the Xrated websites!!! with immediate effect!!


Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Koutis (kiri) menunjukkan simbol 'STOP Sekeluarga Menolak Pornografi' bersama Faridah (tiga, kanan) sebagai sokongan terhadap kempen memerangi pornografi Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri 2018 di Keningau, semalam.

        KENINGAU - Sebuah badan bukan kerajaan, Pencerdasan Umat Islam Malaysia (Wadah) hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap ketagihan pornografi dalam kalangan rakyat di negara ini yang disifatkannya seumpama dadah baharu.
        Timbalan Pengerusinya Faridah Abu Bakar Titingan berkata ketagihan pornografi berleluasa disebabkan antaranya capaian Internet yang luas termasuk menerusi telefon bimbit, memudahkan rakyat mengakses bahan lucah dalam bentuk visual dan audio di mana-mana sahaja tanpa mengira masa.
        “Ketagihan pornografi ini satu bentuk penyakit mental, sebab itu dia (individu) hilang rasa malu, hilang rasa kemanusiaan sehinggakan sanggup merogol, membunuh dan melakukan serangan seksual ke atas keluarga sendiri.
        “Dia (ketagih) tidak siuman lagi .. ini disebabkan rangsangan hormon dopamine kerana kekerapan menonton bahan-bahan lucah,” katanya kepada Bernama di sini.
        Sebelum ini Penolong Pengarah Kanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Sabah Suzana Piny semasa membentangkan kertas kerja bersempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 di sini, berkata 12 peratus daripada laman web yang ada adalah laman lucah manakala 25 peratus daripada enjin pencarian merupakan berkaitan perkara lucah.
        “Sebanyak 35 peratus daripada muat turun adalah imej seksual,” katanya.
        Mengulas lanjut, Faridah berkata tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penularan ponografi masih rendah.
        “Ia bermula daripada keputusan di hujung jari, mereka seronok melihat (bahan lucah), sekali seronok mereka ingin mencari keseronokan yang lebih hebat... seolah-olah mengambil dadah yang lebih kuat lagi, dan mereka akan mencari sasaran untuk memuaskan nafsu secara nyata,” katanya.
        Menurutnya dalam usaha menangani masalah ketagihan pornografi, Wadah akan memperhebat kempen seperti ‘Sekeluarga Tola Pornografi’ (Stop) dengan tumpuan diberi pada komuniti peringkat akar umbi.
Sejak 2017 hingga sekarang kira-kira 10 pelancaran Stop telah diadakan di Sabah, katanya. -


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2018 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ha nak sangat semua benda kerajaan kawal lepas ni nak makan apa pakai apa pun gomen kena bagitau la kut.

bodoh memasing. ajar anak2 sendiri jangan tgk bukannya susah nak cakap pun. 5 minit je. ke still harap anak2 malam pertama dapat ilham apa nak buat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045419 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list